Friday, June 17, 2011

Bye bye Bebe - Bebe dipinjamkan ke Besiktas untuk musim depan.

Bebe bersama David Gill pada Ogos lalu.
     Pemain sayap Bebe akan menghabiskan musim depan secara pinjaman bersama kelab Turki Besiktas.

     Bebe, 20, menyertai United dari kelab Portugal Vitoria de Guimaraes yang mengejutkan banyak pihak terutama pihak media pada Ogos tahun lalu. Beliau membuat tujuh penampilan dalam pasukan utama, menjaringkan gol dalam kejohanan Piala Carling dan Champions League - kebetulan pada perlawanan menentang satu lagi kelab Turki Bursaspor. Bebe juga beraksi 13 kali dalam pasukan simpanan United dengan menjaringkan enam gol.

     Pemain Portugal ini juga mahu menggunakan kesempatan beraksi di Besiktas untuk membuktikan yang bos Manchester United Alex Ferguson tidak melakukan kesilapan besar apabila mendapatkan khidmatnya setahun lalu dengan bayaran perpindahan £7.4 juta.

     Beliau berkata: 'Saya gembira dapat menyertai pasukan terbaik di Turki. Saya mahu membuktikan bahawa Ferguson tidak salah mendapatkan saya setahun lalu. Dia bergantung sepenuhnya kepada saya, tetapi malangnya saya tidak menunjukkan nilai sebenar saya dan saya mahu melakukannya di Besiktas.'

     Alex Ferguson yang akhirnya mengakui Bebe merupakan pemain pertama yang beliau tandatangani tanpa melihat pemain tersebut beraksi.

     United berharap Bebe dapat membina keyakinan dan kemahiran sepanjang musim 2011/12 di Besiktas, yang mengakhiri musim di tangga ke lima Turkish Super Lig.
    


    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...