Friday, June 17, 2011

Gosip - Raphael Varane akui beliau tidak berminat untuk berpindah dan duduk dibangku simpanan.

Raphael Varane
     Pemain bintang remaja Perancis Raphael Varane menegaskan beliau hanya akan menyertai Manchester United jika beliau merasakan beliau mempunyai peluang dalam kesebelasan utama.

     United membuat tawaran kepada kelabnya, Lens, dengan yuran perpindahan di bawah £10 juta dan difahamkan kelab Perancis itu bersedia melepaskan pemain 18 tahun itu. Bagaimanapun, pertahanan tengah - yang juga merupakan pemain bawah 21 tahun Perancis - turut menarik minat kelab-kelab lain seperti Manchester City, Paris St Germain, Real Madrid dan Lyon.

     Varane bertekad untuk membuat keputusan yang tepat sekiranya meninggalkan kelab sekarang Lens, beliau tidak mahu menghabiskan musim depan dengan memanaskan bangku simpanan kelab-kelab besar.

     Beliau akan berfikir panjang sebelum menyertai United, di mana perebutan di posisi pertahanan pastinya sengit selepas United menandatangani Phil Jones dari Blackburn.

     "Saya tahu saya mempunyai pilihan," kata Varane. "Saya boleh berpindah ke kelab luar ataupun menyertai kelab lain dalam Ligue 1 (Divisyen 1 Perancis). Apa yang menarik minat saya ialah untuk bermain secara kerap jadi saya perlu berfikir dengan penuh hati-hati dan pergi ke kelab yang membolehkan saya membuat peningkatan dan kemajuan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...