Tuesday, June 21, 2011

Alexis Sanchez tolak tawaran dua kelab Manchester untuk menyertai Barcelona.

Alexis Sachez
     Barcelona dilaporkan berjaya mengenepikan cabaran dua kelab Manchester untuk mendapatkan khidmat Alexis Sanchez dari kelab Itali Udinese dengan yuran perpindahan dianggar £32 juta.

     Menurut sumber di Chile dan Sepanyol, kelab Catalan itu adalah kelab pertama membuat tawaran bernilai £25 juta dan selebihnya £7 juta bergantung kepada prestasi pemain.

     Sanchez kini berada di Santiago bersama pasukan kebangsaan Chile untuk persediaan kejohanan Copa America bulan depan, dilaporkan sudah diberi kebenaran oleh pengurus Claudio Borghi sekiranya beliau perlu ke Barcelona untuk menandatangani perjanjian. Difahamkan juga pemain-pemain Chile yang lain sudah pun mengucapkan tahniah kepada Sanchez atas kejayaan menyertai pasukan Juara Eropah 2011.


     Sanchez dikhabarkan telah bersetuju dengan perpindahan ke Barcelona awal bulan ini dengan tawaran asal kelab Sepanyol itu - termasuk pertukaran penyerang Bojan Krkic - namun penyerang muda itu menyatakan hasrat tidak mahu berhijrah ke Itali.

     Walaupun Sanchez sendiri berharap suatu hari akan dapat bermain di England, tetapi beliau tidak dapat menolak peluang untuk bermain bersama-sama Lionel Messi, Andrés Iniesta dan Xavi di Nuo Camp.

     Berita ini pastinya memberi tamparan hebat kepada City berbanding United. Pengurus City Roberto Mancini telah mengenalpasti Sanchez sebagai sasaran utama kelab dan dipercayai memberi keutamaan untuk mendapatkan pemain Chile itu sebelum membuat perpindahan pemain-pemain lain.

     Walaupun United juga memantau prestasi Sanchez beberapa tahun kebelakangan ini, Ferguson secara meluas dijangka melengkapkan perpindahan Ashley Young  dari Aston Villa dan juga kemungkinan mendapatkan pemain berbakat Arsenal Samir Nasri. Sanchez difahamkan lebih merupakan kemungkinan daripada keutamaan di Old Trafford.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...