Tuesday, June 7, 2011

Fergie - Hernandez akan terus kekal di Old Trafford.

Javier Hernandez
     Manchester United akan menggandakan gaji Javier Hernandez kepada £75,000 seminggu untuk kekal di Old Trafford. Ferguson telah memberitahu rakan sejawatnya di Real Madrid Jose Mourinho, beliau tidak akan menjual penyerang Mexico itu untuk sebarang harga.

     Difahamkan Mourinho sangat berminat mendapatkan penjaring gol sensasi United itu ke Real Madrid. Bagaimanapun setelah memberi impak besar dalam musim pertamanya di Old Trafford, Ferguson mengarahkan lembaga pengurusan kelab untuk menolak sebarang tawaran mana-mana pihak. Sudah menjadi trend di mana pemain-pemain United yang dibentuk bertaraf bintang menjadi rebutan kelab-kelab lain terutamanya Rea Madrid. Contoh terbaru, Cristiano Ronaldo, setelah bersama United selama enam tahun beliau berhijrah ke Real Madrid dengan rekod perpindahan dunia £80 juta pada 2009.


     Dengan 20 gol dijaringkan Hernandez dalam musim sulungnya di England dan beraksi dalam perlawanan akhir Champions League di Wembley penghujung Mei lalu, tidak menghairankan sekiranya kelab-kelab besar Eropah ingin mendapatkan khidmatnya yang pada musim panas lalu menandatangani perjanjian dengan bayaran mingguan £25,000.

    Selain dari impak di atas padang, United juga melihat Hernandez sebagai aset pemasaran jenama Manchester United di benua Amerika Latin khususnya. Ini dibuktikan dengan penjualan jersi yang mempunyai nama 'chicharito' mendapat sambutan paling tinggi seluruh dunia berbanding jersi pemain lain dalam tempoh sembilan bulan lalu.

     Sumber dari pihak United juga mengesahkan profail penyerang tersebut semakin meningkat naik manakala Ferguson melihat gandingan Hernandez dengan Rooney akan menjadi tunjang bahagian serangan untuk beberapa tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...