Tuesday, June 7, 2011

Gosip - Kagawa beri keseimbangan kepada United.

Shinji Kagawa
    Shinji Kagawa boleh dilabel sebagai pemain eksport dari Jepun yang paling berjaya di Eropah buat masa ini. Beliau meninggalkan negaranya musim panas tahun lalu namun dalam musim pertama telah merangkul gelaran juara Bundesliga Jerman bersama Borussia Dortmund.

     Walaupun mengalami kecederaan yang menghadkan penampilan beliau dalam pasukan namun tetap memainkan peranan penting untuk Borussia Dortmund liga bergelar juara liga selepas sembilan musim. Seperti rakan sepasukan yang lain beliau menarik perhatian kelab-kelab terkemuka Eopah yang lain.

     Dibeli dari Cerezo Osaka musim panas lalu, Dortmund hanya membayar £300,000 untuk Kagawa. Beliau secara tidak langsung mempamerkan kebolehan beliau kepada penonton bolasepak Inggeris khususnya apabila menjaringkan gol semasa Dortmund menewaskan Manchester City 3-1  dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

     Prestasi hebat beliau berterusan pada musim 2010/11 dan, selepas menjaringkan dua gol menentang Karabakh Agdam dalam Europa League, Nurin Sahin rakan sepasukan menggelarkan Kagawa 'bermain seperti malaikat'.

     Tidak dapat dinafikan beliau sangat berbakat dan secara tepatnya sangat bersesuaian dengan sistem dan pasukan United. Sekiranya khidmat pemain-pemain seperti Wesley Sneijder, Luka Modric atau Samir Nasri tidak dapat diperolehi, maka Kagawa adalah alternatif yang ideal.

     Kagawa bermain di posisi kiri sayap dalam sistem 4-2-3-1 Dortmund. Gerakan kaki dan memiliki keseimbangan yang sangat baik, juga mampu membuat larian ke kawasan penalti dan memanfaatkan peluang yang dicipta untuk menghasilkan jaringan.

Pemain Jepun yang menyinar di Eropah
  • Hidetoshi Nakata
         Perugia - 1998-2000
         AS Roma - 2000-2001
         Parma - 2001-2004
         Fiorentina - 2004-2005
         Bolton Wanderers - 2005-2006
  • Shunsuke Nakamura
         Regina - 2002-2005
         Celtic - 2005-2009
         Espanyol - 2009-2010
  • Shinji Ono
        Fayenoord - 2001-2006
        FC Bochum - 2007-2010


    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...