Wednesday, June 8, 2011

Gosip - Ashley Young diberi lampu hijau untuk menyertai Manchester United.

Ashley Young
     Pengerusi Aston Villa Randy Lerner tidak akan menghalang hajat Ashley Young dengan perpindahan ke Manchester United hampir pasti menjadi kenyataan.

     Lerner yang kembali ke England untuk berbincang dengan pihak pengurusan kelab berhubung dengan isu pencarian pengurus baru Villa bagi menggantikan Gerard Houllier. Difahamkan beliau meletakkan tawaran £16 juta untuk khidmat pemain 25 tahun itu.


     Ashley Young semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ke Old Trafford, sebagaimana beliau berulang kali menyatakan hasrat untuk beraksi dalam Champions League. Dengan kontrak Young berbaki satu musim lagi, Lerner sudah pastinya tidak mahu kehilangan pemain itu tanpa sebarang bayaran perpindahan sekiranya beliau kekal di Villa hingga tamat kontrak.

     Pengurusan Aston Villa yakin bahawa Young telah membuat keputusan untuk berhijrah ke United dan mahu menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Young yang bermain disebelah sayap kiri dilabel sesetengah pihak sebagai pengganti Ryan Giggs.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...