Wednesday, June 8, 2011

Gosip - Alexis Sanchez ke Manchester United untuk £30 juta.

Alexis Sanchez
     Manchester United perlu menyediakan £30 juta untuk mendapatkan Alexis Sanchez dari Udinese. United berharap dapat melengkapkan perpindahan pemain midfield dari Chile itu untuk harga perpindahan sekitar £25 juta namun kelab dari Itali itu enggan merendahkan tawaran mereka.

     Sanchez memilih untuk menyertai Alex Ferguson berbanding Barcelona, kerana beliau tahu beliau akan lebih banyak memanaskan bangku simpanan di Nou Camp berbanding Old Trafford.

     Agennya, Fernando Felicevich telah bertemu pihak Barcelona untuk berbincang mengenai perpindahan namun tiada perjanjian dibuat setakat ini. United menganggap tindakan tersebut adalah taktik Udinese untuk meningkatkan nilai yuran perpindahan pemain tersebut.

     Dengan Manchester City yang sebelum ini juga berminat dengan Sanchez namun sudah menarik diri, hanya Chelsea menjadi saingan United untuk mendapatkan tandatangan pemain rebutan Eropah kala ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...