Thursday, June 30, 2011

Macheda tidak sabar kembali ke Old Trafford.

Federico Macheda.
     Federico Macheda tidak sabar untuk kembali beraksi di Old Trafford selepas dipinjamkan ke kelab Itali Sampdoria.

     Macheda percaya karier bolasepaknya akan mendapat manfaat apabila kembali beraksi dalam Liga Perdana setelah enam bulan beraksi dalam Serie A.

     Penyerang pasukan Itali itu menyertai Sampdoria secara pinjaman pada Januari tetapi gagal membantu kelab Genoa itu daripada tersingkir ke Serie B musim depan.


     "Secara psikologi ia bukan sesuatu yang mudah dari United ke Sampdoria dan untuk berjuang mengelakkan dari tersingkir merupakan situasi yang sukar," Macheda memberitahu Sky Italia.

     "Saya mahu mendapat pengalaman baru di Itali tetapi sekarang saya mahu kekal di Liga Perdana. Liga di England lebih sesuai buat pemain muda."

Macheda ketika bersama Sampdoria.
     "Saya tiba di Genoa dengan harapan dan semangat yang besar. Untuk beberapa perlawanan awal saya dan rakan-rakan pasukan beraksi cemerlang tetapi selepas kekalahan kepada Napoli saya tidak nampak kesinambungan lagi."

     Pemain 19 tahun itu mempunyai kontrak dengan Manchester United sehingga Jun 2013, gagal menjaringkan gol dalam 14 penampilan bersama kelab dari Genoa itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...