Wednesday, June 29, 2011

Gosip - Arsenal berdepan prospek kehilangan pemain utama Fabregas dan Nasri.

Samir Nasri
     Arsenal bakal berdepan kemungkinan kehilangan dua pemain utama Cesc Fabregas dan Samir Nasri. The Gunners menerima tawaran baru sebanyak £34 juta dari Barcelona untuk kapten Cesc Fabregas.

     Dan Manchester United juga dilaporkan bersedia membuat tawaran untuk Samir Nasri dengan nilai £20 juta dengan harapan perjanjian dapat dimeterai sebelum latihan pra-musim yang bermula Isnin depan.


     Arsenal mungkin sukar untuk menolak tawaran £20 juta untuk pemain yang kini berada dalam tahun akhir kontraknya di Emirates. Bos Arsenal Arsene Wenger menyatakan dengan jelas beliau tidak mahu seseorang pemainnya menhabiskan kontrak dan meninggalkan kelab tanpa sebarang bayaran sebagaimana dilakukan oleh pemain midfield Mathieu Flamini tiga tahun lalu.

     Wenger difahamkan telah cuba memujuk Nasri bahawa kemarau enam tahun Arsenal tanpa sebarang trofi akan berakhir musim hadapan. Namun sebarang kejayaan berkemungkinan besar tanpa khidmat kapten Cesc Fabregas, dengan Barcelona membuat tawaran lebih baik berjumlah  £34 juta - Arsenal minggu lalu menolak tawaran £27 juta tetapi lebih berminat dengan tawaran sekurang-kurangnya £40 juta.

     Sementara itu United difahamkan masih yakin untuk mendapatkan Samir Nasri, 24, daripada saingan utama Liga Perdana Arsenal. Nasri merupakan penyelesaian mudah buat Ferguson dalam pencarian pemain midfield selepas persaraan Paul Scholes.
     Spurs secara jelas menyatakan pemain perancang mereka Luka Modric bukan untuk dijual sementara United mungkin terlepas khidmat bintang Inter Milan dan Belanda Wesley Sniejder disebabkan tuntutan gaji pemain tersebut.

     United dapat memenuhi tuntutan gaji enam angka Nasri yang telah ditolak pada awalnya oleh Arsenal sekaligus menyebabkan rundingan kontrak baru pemain itu masih belum selesai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...