Wednesday, June 29, 2011

Blast from the Past - Penjaga gol terbaik Manchester United.

     Manchester United bakal menandatangani perjanjian dengan David de Gea sebagai pengganti Edwin Van der Sar yang bersara hujung musim lalu. Sungguhpun berusia 20 tahun namun untuk dua tahun sebelum ini beliau merupakan penjaga gawang utama bagi kelab Athletico Madrid dan beraksi dalam Champions League musim lalu. Diharap dengan lebih pendedahan aksi peringkat utama Eropah dan Liga Perdana, de Gea mampu menunjukkan keupayaan dan kemahiran untuk menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dunia.

     United sebelum ini juga mempunyai beberapa penjaga gol terbaik yang mana menjadi faktor utama kejayaan demi kejayaan yang dirangkul. Kita senaraikan antara penjaga gol terbaik yang pernah beraksi di Old Trafford.


1. Harry Gregg (1957-1966).

Sir Matt Busby membelanjakan yuran perpindahan rekod dunia untuk mendapatkan Harry Gregg dan bakatnya menjadi bukti ketika Piala Dunia 1958. Walaupun hanya layak hingga ke peringkat suku akhir dengan Ireland Utara namun dinamakan penjaga gol terbaik kejohanan mengatasi lagenda Russia Lev Yashin. Mungkin lebih diingati atas tindakan beraninya pada Bencana Munich 1958 iaitu selepas tiga bulan bersama United, menyelamatkan mangsa-mangsa bencana daripada pesawat yang terhempas.

Harry Gregg beraksi pada 1958.
2. Alex Stepney (1966-1978).


Pemain yang memegang rekod 175 perlawanan tanpa bolos dalam 539 penampilan dengan United. Pengurus Sir Matt Busby menyifatkan beliau sebagai "faktor yang paling penting" di sebalik kejayaan merangkul kejuaraan liga pada musim 1966/67. Paling diingati apabila beliau menidakkan percubaan Eusebio pada perlawanan akhir Piala Eropah 1968 untuk membawa perlawanan ke masa tambahan, dan United muncul juara Eropah buat kali pertama dari kelab England. Beliau juga memenangi Piala FA pada 1977 dengan menewaskan Liverpool 2-1.




Alex Stepney beraksi bersama United.


3. Edwin van der Sar (2005-2011)

Pemain kelahiran Belanda ini sudah pun memiliki pengalaman yang luas apabila menyertai United dari Fulham pada 2005 dan menghampiri penghujung karier gemilangnya. Di samping pengalaman, beliau juga memberikan ketenangan dan persembahan konsisten yang dilihat mengakhiri badi kegagalan usaha Alex Ferguson mencari pengganti Peter Schmeichel. Memenangi empat medal kejuaraan liga, satu medal Champions League dan dinamakan penjaga gol terbaik Eropah untuk tiga tahun berturut-turut sebelum bersara pada 2011.





Van der Sar menyelamatkan sepakan penalti Anelka.
4. Peter Schmeichel (1991-1999)


Dianggap antara pemain terbaik dibawah pengurus Alex Ferguson. Pemain antarabangsa Denmark ini memenangi lima gelaran kejuaraan liga dalam tempoh tujuh tahun dan adalah sebahagian dari pasukan yang merangkul kejayaan treble pada tahun 1999. Beliau juga memenangi tiga Piala FA iaitu tahun 1994, 1996 dan 1999. Mendapat reputasi sebagai penjaga gol terbaik yang pernah beraksi dalam era Liga Perdana.





Peter Schmeichel ketika saat gemilang bersama United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...