Friday, June 10, 2011

Top 5 - Pemain terbaik dibeli Alex Ferguson.

     Sepanjang hampir 25 tahun Alex Ferguson mengemudi Manchester United, pemain datang dan pergi. Antaranya ada yang gagal dan sudah pasti ada yang berjaya. Kita senaraikan top 5 yang menjadi pemain terbaik dibawah Ferguson.


1. Roy Keane (£3.75 juta, 1993)
Roy Keane

Walaupun meninggalkan United dengan tiba-tiba dan penuh emosi namun para penyokong setia United tidak akan melupakan 12 tahun Keane di Old Trafford. Pemain midfield Ireland ini mungkin bukan antara pemain yang paling hebat dan berbakat tetapi sifat kepimpinan dan pengaruh dalam pasukan tidak dapat dipersoalkan. Berani, menggerunkan dan tiada putus asa - kapten fantastik.




2. Peter Schmeichel (£550,000, 1991)
Peter Schmeichel

Penjaga gol terbaik United dan mungkin dalam sejarah Liga Perdana. Pemain yang berasal dari Denmark ini hadir tanpa sebarang reputasi hebat tetapi menjadi lagenda di Old Trafford selepas lapan musim. Meninggalkan United selepas kejayaan Treble 1999, sekaligus tiada pengganti sehebatnya hingga kini.



3. Eric Cantona (£1.2m, 1992)
Eric Cantona

Pemain kelahiran Perancis yang penuh enigma ini meninggalkan lima tahun tahun yang tidak mungkin dilupakan di Old Trafford. Antara pemain serangan yang paling hebat pernah disaksikan dalam sejarah Liga Perdana dan menjadi tunjang dominasi United awal 1990an. Musim pertama bersama United, Cantona menamatkan kemarau gelaran liga di Old Trafford dan menyusul kejayaan berganda gelaran liga dan Piala FA musim berikutnya. Kontroversi tendangan ala kung fu ke atas penyokong Crytal Palace mungkin sedikit sebanyak mencalar imej bolasepaknya namun pada penyokong United beliau terkenal dengan panggilan King Eric.




4. Cristiano Ronaldo (£12m, 2003)
Cristiano Ronaldo

Berhijrah ke Old Trafford sebagai pemain muda berpotensi dan menggantikan tempat David Beckham, Ronaldo bersama United untuk enam tahun sebelum ke Real Madrid. Musim 2007/08 adalah musim terbaik beliau dengan jumlah 42 gol dan membantu United bergelar juara liga dan Eropah.




5. Ruud van Nistelrooy (£19m, 2001)
Ruud van Nistelrooy

Ferguson terpaksa menunggu satu musim sebelum kehadiran penyerang Belanda ini ke Old Trafford akibat dari kecederaan lutut. Dengan tempoh lima tahun dan 150 gol beliau adalah antara penyerang paling berbisa pernah beraksi di Old Trafford. Kariernya dengan United berakhir pada 2006 dan beliau menyesali tindakannya yang mempertikai keupayaan Ferguson.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...