Saturday, June 11, 2011

Eric Cantona kembali ke Old Trafford untuk perlawanan testimoni Paul Scholes.


Eric 'the King' Cantona
     New York Cosmos akan berkunjung ke Old Trafford untuk perlawanan testimoni Paul Scholes yang bersara hujung musim lalu. Eric Cantona yang juga Pengarah Bolasepak kelab Amerika itu akan menjadi jurulatih sementara untuk perlawanan tersebut.

     'Saya mengucapkan tahniah kepada Paul Scholes untuk karier yang menakjubkan di Manchester United,' kata Cantona. 'Saya teruja untuk kembali ke Old Trafford dengan peranan baru saya di New York Cosmos.'

     Scholes juga melahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada para penyokong, pengurus dan kelab menjelang perlawanan testimoni pada 5 Ogos nanti.

     'Ini merupakan perlawanan terpenting bagi saya dan keluarga dan pastinya penuh keseronokkan dan akan kekal dalam memori saya,' kata Scholes. 'Saya menghabiskan karier bolasepak saya di Manchester United jadi perlawanan ini pastinya penuh dengan emosi. United adalah kelab yang istimewa namun para penyokong adalah yang terbaik dan saya sentiasa menghargai sokongan mereka sepanjang karier saya di sini. Saya harap semua orang akan berseronok terutama melihat bos (Alex Ferguson) dan Eric kedua-duanya bersemuka sebagai pengurus.'

    


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...