Friday, June 10, 2011

Sam Allardyce - Phil Jones bakal menggantikan Rio Ferdinand.

Sam Allardyce
     Sam Allardyce bekas pengurus Blackburn Rovers yakin Phil Jones boleh menjadi pemain penting buat Alex Ferguson yang sedang merancang dinasti 'terakhir' pasukan Manchester United dibawah kendaliannya.

     Dengan Paul Scholes dan Gary Neville yang telah bersara sementara Ryan Giggs di penghujung karier, Allardyce meramalkan dengan kehadiran Jones di Old Trafford akan memastikan Revolusi Ferguson berakhir dengan kejayaan.

     Beliau berkata: 'Sir Alex semakin hampir dengan pembinaan pasukan terakhirnya dan ini pastinya menarik dengan barisan pemain muda seperti Phil Jones, Chris Smalling, Wayne Rooney, Nani dan kembar dari Brazil, Fabio dan Rafael. Perkara pertama yang anda lihat ada pada Jones ialah kekuatan mental dan kebolehan untuk menyerap tekanan beraksi pada Liga Perdana pada usia semuda itu.'

     'Dia tidak menunjukan rasa gentar atau takut dipinggirkan untuk beraksi dalam liga bolasepak terbesar dunia. Perlawanan pertama beliau adalah ketika menentang Chelsea dan tugas utama beliau adalah mengawal pergerakan Didier Drogba dan dianugerah pemain terbaik perlawanan tersebut. Ini menunjukkan kekuatan mental beliau.'

     'Selepas itu semakin jelas beliau mempunyai ciri-ciri pertahanan kelas dunia. Saya melihatnya setiap hari sewaktu latihan, bakat dan potensinya juga menyerlah untuk menjadi lebih baik. Dengan sedikit pengalaman, yang bakal perolehi di United, beliau bakal menjadi tunjang pertahanan England suatu hari nanti.'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...