Tuesday, June 28, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 2.


1928 - Manchester United Home Shirt.

Merupakan tahun di mana United mengekalkan jersi baju merah dan seluar putih. Kolar merah dengan tambahan warna putih di bahagian dalam memberikan sentuhan ciri-ciri moden kepada jersi pasukan.




1940an - Manchester United Home Shirt.

Baju merah berkolar putih lengkap dengan lambang Dewan Bandaran Manchester telah dipakai oleh pemain hebat antaranya Johnny Carey dan The Busby Babes semasa 1940an dan 50an.






1948 - Jersi Perlawanan Akhir Piala FA.

Menjadi pilihan bagi menjuarai Piala FA 1948 apabila menjaringkan 18 gol dalam laluan ke akhir menentang Blackpool. Dengan menyarung jersi biru berkolar putih United menewaskan Blackpool 4-2 selepas ketinggalan dua jaringan. Lencana yang digunakan pada perlawanan ini adalah lambang Dewan Bandaran Manchester.



 1955-1959 - Manchester United Home Shirt.

United juga memperkenalkan jersi kolar bentuk V untuk beberapa perlawanan semasa musim 1955-56 dan menjadi pilihan utama untuk musim berikutnya oleh Busby Babes. Walaupun pada kebiasaannya berseluar putih dan stoking hitam, namun terdapat juga seluar dan stoking merah ketika pertemuan separuh akhir Piala Eropah menentang Real Madrid pada musim 1956/57.


1956-1961 - Manchester United Away Shirt.

United mengenakan jersi ini pada musim 1956/57 terutama apabila bertandang ke gelanggang Liverpool dan Arsenal.




*sumber prideofmanchester.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...