
Perlawanan akhir Piala Eropah (kini Champions League) pada 1968 pastinya kekal dalam sejarah apabila United telah memenanginya dengan menewaskan pasukan dari Portugal Benfica dan menjadi kelab pertama dari England bergelar juara Eropah.
Berlangsung di stadium Wembley pada 29 Mei, United yang berstatus bukan pilihan membenam cabaran Benfica 4-1 dalam masa tambahan setelah terikat 1-1 pada 90 minit pertama.
Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, namun selang lapan minit permainan bersambung Bobby Charlton memecah kebuntuan dengan menanduk masuk gol pertama United. Kelebihan United hanya bertahan 22 minit apabila Jaime Graca menyamakan kedudukan buat Benfica. Di minit akhir sebelum ke masa tambahan penjaga gol United Alex Stepney menjadi hero apabila menyelamatkan percubaan bahaya Eusebio.

Tiga minit masa tambahan berlalu United di depan hasil jaringan George Best selepas menggelecek pertahanan dan perjaga gol Benfica. Brian Kidd berusia 19 tahun yang turun menggantikan Denis Law yang mengalami kecederaan lutut menjaringkan gol ke tiga sebelum Charlton melengkapkan malam gemilang United.
Kemenangan itu amat bermakna buat United terutama pengurusnya Sir Matt Busby yang 10 tahun sebelumnya menjadi saksi tragedi pahit Munich 1958 yang meragut nyawa lapan pemainnya. Tiada seorang pun menyangka selepas tragedi tersebut United akan bangkit sedekad kemudian untuk bergelar Juara Eropah.

Apa yang pasti selaku underdog United pastinya akan memberikan aksi terbaik nanti sekaligus menghapuskan memori kekalahan 2009. GGMU...
No comments:
Post a Comment