Saturday, May 28, 2011

Fergie - Kami lebih bersedia kali ini.

     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson mengakui melakukan kesilapan pada perlawanan akhir Champions League 2009 dan berazam menebusnya pada kali ini. United tewas 2-0 di Rome dua tahun lalu tatkala United berazam menjadi pasukan pertama mempertahankan Piala Eropah selepas era Champions League, namun beliau menegaskan balas dendam tiada dalam agenda pasukannya.


     'Kami amat kecewa kekalahan pada 2009 tetapi ia tiada kaitan dengan balas dendam, lebih kepada martabat pasukan,' kata beliau.

     'Kami nyata lebih fokus kali ini dan persiapan lebih baik. Saya rasa kami melakukan satu dua kesalahan sebelum ini tetapi tidak kali ini.'

     United mengesahkan gelaran liga untuk rekod kali ke 19 pada 14 Mei di Blackburn dan Ferguson memberitahu bahawa persiapan menghadapi final terus dilakukan selepas itu.


     Kapten Nemanja Vidic berkata beliau berbangga untuk mengemudi United dalam perlawanan akhir nanti dan persediaan untuk itu adalah sama dengan mana-mana perlawanan sebelum ini.

     'Jelas saya berbangga menjadi kapten untuk kelab besar dan bermain untuk perlawanan besar, tetapi jika menamatkan musim tanpa trofi pastinya anda todak berpuas hati.    

     'Sekarang kami boleh fokus pada perlawanan besar Sabtu ini dan bersedia seperti biasa, namun ia lebih kepada persediaan mental dan fizikal,' kata Vidic.

     Kedua-dua pasukan United dan Barcelona pernah menikmati kejayaan bergelar Juara Eropah di stadium Wembley. United pada tahun 1968 dan Barcelona pada 1992 di mana pengurus mereka menjadi pemain dalam perlawanan itu. Masing-masing mengharapkan tuah Wembley memihak kepada pasukan mereka.

     Apa yang pasti bermain di London mungkin boleh dianggap 'home' bagi United namun buat bukan penyokong pasukan United majoritinya mungkin berada dipihak Barcelona.

We Are Manchester United, We Do What We Want..  Not Arrogant, Just Better...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...