Saturday, May 28, 2011

Top 5 - Manchester United vs Barcelona di peringkat Eropah

     United dan Barcelona telah bertemu sebanyak 10 kali di peringkat Eropah masing-masing dengan tiga kemenangan dan empat keputusan seri. Kita akan lihat lima perlawanan terbaik antara dua gergasi bolasepak Eropah ini.

1. 1984 Suku Akhir European Cup Winner's Cup.
  • Barcelona 2 vs Manchester United 0
  • Manchester United 3 vs Barcelona 0
     Ron Atkinson pengurus United mengemudi United memenangi Piala FA dan layak bertanding dalam kejohanan European Cup Winner's Cup, namun United hampir tersingkir awal apabila tewas 2-0 pada perlawanan pertama di Nou Camp.

Robson dan Maradona
     Barcelona yang diperkuatkan dengan Diego Maradona dan Bernd Schuster dijangka mudah untuk sekurang-kurangnya menyekat United namun sebalinya berlaku apabila United yang dipimpin kapten Bryan Robson menewaskan Barcelona 3-0.


     Dua gol Robson pada minit ke 22 dan 50 menyamakan kedudukan secara agregat sebelum Frank Stapleton menjaringkan gol kemenangan dipenghujung permainan untuk layak ke separuh akhir berdepan dengan pasukan Juventus.

2. 1991 Akhir European Cup Winner's Cup (Rotterdam).
  • Manchester United 2 vs Barcelona 1
   Setelah berhijrah semula ke United dari Barcelona pada 1988, Mark Hughes memadam memori pahit ketika berada di Nou Camp dengan dua gol untuk memastikan United menjulang trofi peringkat Eropah.

     United kembali beraksi di Eropah setelah penggantungan terhadap pasukan dari England dari menyertai pertandingan peringkat Eropah akibat Tragedi Haysel 1985 berakhir. Kecederaan penjaga gol utama Barcelona Andoni Zubizarreta dan digantikan pemain kurang pengalaman Carlos Busquets menjadi antara faktor kekalahan Barcelona.
Hughes bersama trofi

     Hughes membuka jaringan hasil umpanan dari tandukan Steve Bruce dan gol kedua menyusul selang beberapa minit kemudian. Ronald Koeman menjaringkan gol dari sepakan percuma untuk mengurangkan jurang namun untuk bertahan untuk memenangi kejuaraan peringkat Eropah pertama selepas 23 tahun.


3. 1998/99 Peringkat Kumpulan Champions League.
  • Manchester United 3 vs Barcelona 3
  • Barcelona 3 vs Manchester United 3
     Dengan United, Barcelona dan Bayern Munich diundi dalam kumpulan yang sama sebarang kesilapan pastinya akan menjejaskan peluang layak ke pusingan seterusnya. United kekal tanpa kalah dalam kumpulan ini untuk layak ke peringkat berikutnya.

     Di Old Trafford gol dari Ryan Giggs, Paul Scholes dan sepakan percuma David Beckham cukup buat kedua-dua pasukan berkongsi mata. Kemudian United bertandang ke Nou Camp memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri tetapi ketinggalan seawal minit pertama. Gol dari Andy Cole dan Dwight Yorke menjadikan kedudukan 2-1 memihak United sebelum Rivaldo menyamakan jaringan.

Andy Cole
    United sekali lagi di depan hasil jaringan Yorke sebelum kemenangan United dinafikan oleh Rivaldo yang menjadikan kedudukan terikat 3-3. United layak ke peringkat seterusnya dan menewaskan Bayern pada perlawanan akhir.




4. 2008 Separuh Akhir Champions League.
  • Barcelona 0 vs Manchester United 0
  • Manchester United 1 vs Barcelona 0
Paul Scholes
     Chelsea dan Liverpool bertemu pada separuh akhir lain, United perlu mengatasi pasukan bimbingan Frank Rijkaard untuk layak ke Moscow. Ronaldo gagal menjaringkan penalti pada perlawanan pertama dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0.

     Perlawanan kedua berlangsung di Old Trafford dan Paul Scholes menjadi wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam separuh masa pertama. United layak ke Moscow dan menewaskan Chelsea hasil penentuan sepakan penalti.

5. 2009 Akhir Champions League (Rome).
  • Barcelona 2 vs United 0
     United berpeluang menjadi pasukan pertama mempertahankan trofi Champions League dan hampir di depan hasil percubaan Park Ji Sung. Barcelona terus memberi tindak balas dengan gol pertama dari Samuel Eto'o.

Lionel Messi
     Walaupun bermula dengan baik United seakan-akan kehilangan rentak dan bahagian midfield terus dikuasai Barcelona. Cristiano Ronaldo berusaha untuk mencari gol penyamaan namun sia-sia. Dengan faktor keletihan menguasai United Barcelona menggandakan jaringan hasil tandukan cantik Lionel Messi. Kekalahan tersebut masih dirasai Ferguson dan pemain-pemain senior United khususnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...