
United yang ketinggalan 1-2 pada perlawanan suku akhir pertama di Rome tahu dengan kemenangan 1-0 sudah memadai untuk layak ke pusingan seterusnya. Namun United mempunyai idea yang lain, gol pertama hadir pada minit ke 11 jaringan Michael Carrick. Separuh masa pertama berakhir dengan United di depan 4-0. Separuh masa kedua walaupun Roma mengurangkan defisit menerusi gol De Rossi, United menang dengan margin besar 7-1. Penjaring United lain adalah Smith, Evra, Rooney, Ronaldo (2) dan Carrick (2).
2. Manchester United vs AC Milan 3-2, 24 April 2007, Old Trafford.

3. Manchester United vs Real Madrid 4-3, 23 April 2003, Old Trafford.

Pada perlawanan pertama di Bernabeu, United ketinggalan 1-3 dan mengharapkan perlawanan suku akhir kedua di Old Trafford untuk menewaskan Real sekurang-kurangnya 2-0 bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa dan sebaik separuh masa kedua berlangsung lima minit Ronaldo menjaringkan gol kedua dan ketiga dalam masa sembilan minit untuk melengkapkan hatriknya. United cuba bangkit lewat permainan dengan dua gol Beckham yang masuk sebagai pemain gantian. Sungguhpun United menang perlawanan itu dengan jaringan 4-3 namun tersingkir dengan agregat 5-6.
4. Juventus vs Manchester United 2-3, 21 April 1999, Stadium Delle Alpi.

Dianggap perlawanan peringkat Eropah terbaik United di tempat lawan. Terikat 1-1 pada separuh akhir pertama di Old Trafford, United menghadapi cabaran besar untuk layak ke akhir. Sebagaimana yang berlaku sepanjang musim itu United ketinggalan dua gol seawal minit ke 11 hasil dua gol jaringan Inzaghi. United terus menggandakan usaha dan akhirnya kapten Roy Keane menanduk masuk gol pertama untuk memulakan kebangkitan. Selang 10 minit Dwight Yorke menjaringkan gol penyamaan untuk meletakkan United di depan dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Akhirnya pada minit ke 84 Andy Cole melengkapkan malam menakjubkan buat United dengan gol kemenangan yang mengesahkan laluan ke akhir.
5. Manchester United vs Bayern Munich 2-1, 26 Mei 1999, Stadium Nuo Camp.

No comments:
Post a Comment