Thursday, May 26, 2011

Terkini - United akan melengkapkan perpindahan penjaga gol Atletico Madrid David de Gea.

     Manchester United bakal mengesahkan perpindahan penjaga gol Atletico Madrid David de Gea dengan kos perpindahan dianggarkan £18.3 juta. De Gea, 20, akan menggantikan tempat Van der Sar yang akan bersara selepas perlawanan akhir Champions League Sabtu ini.


     Alex Ferguson berkata: "Kami telah mengenalpasti beliau lebih awal dan dirasakan calon terbaik dengan ketangkasan dan kecekapan untuk mengambil alih posisi yang akan ditinggalkan Van der Sar."

     September tahun lalu, Ferguson dan jurulatih penjaga gol Eric Steele menyaksikan de Gea beraksi menentang pasukan Valencia dan semenjak itu United memantau prestasinya hinggalah bersetuju bahawa beliau adalah pengganti Van der Sar.

     Selain de Gea United juga turut meninjau pemain lain seperti Manuel Neuer dari Schalke ketika separuh akhir Champions League, namum beliau memilih Bayern Munich sebagai destinasinya. Selain itu penjaga gol Ajax Maarten Stekelenburg dan Sporting Lisbon Rui Patricio juga berada dalam senarai gosip perpindahan.
    
Perpindahan pemain yang berusia 20 tahun ini dianggap ramai pihak sebagai berisiko apatah lagi beliau hanya mula beraksi dalam pasukan utama 18 bulan lalu. Namun Ferguson punyai alasan tersendiri dan melihat sesuatu yang istimewa ada pada de Gea.
In Ferguson We Trust..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...