Wednesday, May 25, 2011

Beckham - Saya sangat teruja untuk menyarung jersi United sekali lagi.


     David Beckham akan bermain dalam perlawanan testimoni Gary Neville di Old Trafford awal pagi esok waktu Malaysia selepas mendapat pelepasan dari kelabnya LA Galaxy. Beckham yang meninggalkan United pada 2003 untuk menyertai Real Madrid tidak sabar untuk sekali lagi menyarung jersi United.


' Saya tidak pernah jemu untuk menyarung jersi United sekali lagi. Setiap kali saya melangkah masuk ke Old Trafford saya rasa gementar dan teruja. Untuk bermain sekali lagi untuk Gary dan keluarganya pasti akan lebih bermakna dan penuh emosi. Kami bermain bersama beberapa tahun dan beliau adalah rakan baik saya,' kata Beckham.

     Beckham juga percaya dengan komitmen dan kerja keras selama ini yang diberikan Gary kepada United, beliau berhak menerima penghargaan seperti ini. Selain Beckham, pemain-pemain lain yang akan turut serta antaranya Phil Neville, Nicky Butt, Paul Scholes dan Ryan Giggs.
     United akan berdepan pasukan Juventus dari Itali yang dibarisi seperti  Alessandro Del Piero, Gianluigi Buffon and Luca Toni, Giorgio Chiellini, Alberto Aquilani dan Milos Krasic.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...