Thursday, June 30, 2011

Alex Ferguson terima ijazah kehormat dan bergelar Dr. Alex Ferguson.


     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson menerima ijazah kehormat dari universiti sebagai menghargai sumbangan cemerlang beliau dalam bidang sukan.

     Ferguson 69 tahun mendapat gelaran doktor dari Universiti of Stirling di Scotland. Kehadiran Ferguson ke universiti di tengah Scotland ini membawa beliau kembali ke tempat permulaan karier bolasepaknya ketika bermain dengan Falkirk dari 1969 hingga 1973. Anak kelahiran Glasgow Scotland ini juga memulakan karier sebagai pengurus di East Stirlingshire pada 1974.

     Pihak universiti berkata anugerah tersebut akan menjadi pengiktirafan buat Ferguson yang 'cemerlang dalam bidang sukan dan arena umum'. Beliau menerima ijazah kedoktoran daripada Canselor universiti James Naughtie.

     Sementara itu, selepas memperkukuhkan pasukan Juara Liga Perdana dengan membelanjakan £50 juta untuk mendapatkan Phil Jones, Ashley Young dan David de Gea, Ferguson meraikan tahun ke 25 sebagai pengurus United dengan menyertai pertandingan golf amal di Northenden, Manchester.

Alex Ferguson ketika pertandingan golf amal.
          Setiap ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pesara untuk menikmati masa terluang ada padanya namun Ferguson bukan calang-calang warga emas yang biasa. Bos Manchester United ini nampaknya sudah menemui jalan lain untuk beliau berada di hadapan dalam saingan dengan pengurus-pengurus yang lebih muda daripadanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...