Thursday, June 2, 2011

Dimitar Berbatov - Saya mahu kekal bersama United.

Berbatov bersama trofi liga.


     Dimitar Berbatov berikrar mahu kekal bersama United musim depan. Pemain Bulgaria itu, 30, dikatakan akan meninggalkan Old Trafford setelah tidak tersenarai dalam pasukan United pada perlawanan akhir Champions League menentang Barcelona yang lalu.


     Bercakap kepada TV Bulgaria semalam, beliau berkata: 'Saya akan kekal di sini (Old Trafford) dan berjuang untuk gelaran liga ke 20. Jika saya seorang yang cepat mengalah tidak mungkin saya sampai ke hari ini. Segalanya akan bermula semula pada 4 Julai di Manchester United.'

     'Kesemuanya akan bermula sekali lagi, gelaran liga yang baru dan perlawanan akhir yang baru. Saya akan teruskan. Apabila anda melalui tempoh yang sukar, anda tidak boleh putus asa dan berhenti.'

     Berbatov masih mempunyai baki kontrak satu musim lagi dan United setakat ini belum membuat apa-apa tawaran. Dengan Newcastle, Bayern Munich dan Borussia Dortmund masing-masing berminat untuk mendapatkan khidmatnya, namun beliau berkata fokusnya hanya persediaan menghadapi musim depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...