Thursday, June 2, 2011

Sejarah Lencana Manchester United - Siri 2


     Sepanjang era 1960-an, kebanyakkan program dan barangan cenderamata kelab memaparkan lencana yang baru direka dengan mengekalkan perisai dan kapal dari lambang Dewan Bandaran Manchester, dengan perkataan Manchester United di atas manakala Football Club di bawah. Lencana ini direka bertepatan dengan gaya permainan inovatif yang dibawa oleh pengurus United pada masa itu Sir Matt Busby.


     Pada tahun 1970 lencana Manchester United pertama kalinya memaparkan simbol devil atau syaitan, menggantikan tiga garisan kuning. Dari sinilah bermulanya gelaran red devils semenjak Sir Matt Busby menggunakannya untuk kelab beberapa tahun sebelumnya. Beliau mahu menzahirkan rasa takut kepada pihak lawan dengan gelaran terbaru ini kerana tidak merasakan yang pemain-pemainnya yang di gelar Busby Babes akan melakukannya. Sebenarnya beliau mendapat idea gelaran tersebut dari pasukan ragbi Salford City Reds. Pasukan ragbi tersebut diberi gelaran Les Diables Rouges (The Red Devils) oleh media Perancis atas kejayaan jelajah negara itu pada tahun 1934.
     Pada musim 1972/73 lencana Manchester United menjadi ciri kekal pada jersi pasukan. Selepas itu United hanya menggunakan lencana yang mengandungi lambang Dewan Bandaran Manchester untuk perlawanan akhir dan majlis rasmi berkaitan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...