Tuesday, May 31, 2011

Sejarah Lencana Manchester United - Siri 1

     Lencana Manchester United yang ada sekarang adalah berdasarkan lambang dari Dewan Bandaran Manchester. Lencana ini dilekatkan khusus untuk perlawanan besar seperti pada final Piala FA 1963 dan Piala Eropah 1968.

     Kapal yang anda lihat adalah sebagai simbol kemegahan dan kehebatan kota Manchester dalam bidang perkapalan dan terusan kapal. Glob yang berada di atas juga melambangkan kuasa perdagangan dunia yang dikerumuni lebah. Kenapa lebah?. Pihak perbandaran mengadaptasikan lebah pada abad ke-19 kerana serangga ini terkenal dengan usaha gigih dan pembaharuan - Manchester terkenal dengan permulaan Revolusi Industri dan bersesuaian antara keduanya.


     Kedua-dua haiwan pada lencana adalah antelope (kijang afrika) dan singa, dengan antelope memakai rantai emas mewakili inovasi kejuruteraan bandar ini. Singa pula memakai mahkota berbentuk istana - bandar Manchester berkembang dari penempatan Rome di Castlefield. Kedua-duanya memakai bunga mawar merah yang menjadi simbol rasmi Lancashire (barat daya England). Moto 'CONCILIO ET LABORE' bermaksud kebijaksanaan dan usaha. Sehingga kini lencana ini kenakan pada blazer rasmi kelab untuk acara-acara besar dan perlawanan akhir.

Sir Bobby Charlton dan Sir Alex Ferguson
*Sejarah Lencana Manchester United Siri 2
*Sejarah Lencana Manchester United Siri 3 (akhir)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...