Tuesday, May 31, 2011

Terkini - Paul Scholes bersara dari bolasepak profesional.

    
     
     Paul Scholes mengumumkan persaraan dari bolasepak profesional hari ini dan akan kekal bersama United sebagai salah seorang tenaga jurulatih. Pemain midfield berusia 36 tahun itu mengambil keputusan bersara menyedari peluang beraksi yang terhad dan memberi laluan kepada pemain baru.


     Beliau berkata: 'Ini bukan keputusan yang mudah tetapi saya rasa inilah masa yang sesuai untuk berhenti bermain. Secara jujurnya bermain bolasepak adalah satu-satunya perkara yang saya impikan dan untuk bermain tempoh yang lama dan berjaya adalah menjadi kebanggaan.'

     'Menjadi sebahagian dari pasukan yang merangkul gelaran untuk rekod ke 19 adalah menakjubkan dan saya bersyukur untuk itu. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokong atas sokongan luarbiasa sepanjang karier saya di sini. Tetapi yang paling penting kepada Alex Ferguson yang menjadi pengurus yang hebat.'

     Alex Ferguson memuji dan memberi jaminan pengalaman Scholes tidak akan disiakan kelab ini walaupun selepas persaraan.

     'Apa lagi yang saya belum katakan mengenai Paul Scholes?' kata Ferguson. 'Kami akan kehilangan seorang pemain luar biasa. Paul sentiasa komited dengan kelab dan saya rasa bangga beliau akan kekal di Old Trafford bersama barisan staf jurulatih musim depan. Beliau sentiasa menjadi inspirasi kepada pemain-pemain lain dan akan terus begitu.'

     United juga mengumumkan perlawanan testimoni Paul Scholes akan di adakan pada Ogos depan.

Paul Scholes, he scores goals..

    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...