Tuesday, May 31, 2011

Alex Ferguson merancang masa depan.

Alex Ferguson bersama trofi liga.
     Alex Ferguson melihat masa depan gemilang bersama United semasa perarakan meraikan kejayaan merangkul gelaran liga musim 2010/11 dan rekod ke 19 mengatasi Liverpool. Beliau secara positif melihat ribuan penyokong United meraikan pasukannya.

     'Apa yang menakjubkan ialah kita dapat lihat kanak-kanak di sini. Mereka adalah masa depan United,' kata Ferguson.


     Pada masa yang sama beliau menegaskan kelab bolasepak England tidak mampu untuk bersaing dengan Barcelona seandainya pihak FA England tidak merombak semula sistem yang ada. Beliau mencadangkan FA perlu memperkenalkan sistem baru yang membenarkan akademi yang melatih pemain muda berlatih lebih lama, sistem sekarang hanya membenarkan latihan selama sejam setengah seminggu. Berlainan dengan apa yang dipraktikkan di Barcelona yang bebas untuk melatih pemain muda pelapis.

Ferguson bersama pemain United.
    Ferguson selama ini memberi kritikan terhadap sistem akademi yang dikawal FA dengan menghadkan pemain remaja yang tinggal dengan jarak 90 minit pemanduan dari tempat latihan dan percaya boleh diperbaiki sekiranya tiada sekatan demikian.

     Di England akademi pemain remaja digabung dengan pendidikan utama arus perdana, bermakna antara umur 10 hingga 18 tahun pemain remaja akan menerima 2000 hingga 3000 jam latihan. Di Barcelona golongan ini akan menerima sekurang-kurang 8000 jam latihan.
    
     'Saya harap pada masa depan jurulatih akan diberikan banyak masa bersama pemain remaja. Kami memiliki yang terbaik tetapi tidak sebaik Barcelona. Ini adalah cabaran dan kita perlu menerimanya,' tambah Ferguson

     Dengan kekecewaan kekalahan kepada Barcelona masih segar, Ferguson masih bersemangat seperti biasa dan teruja untuk menghadapi musim baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...