Thursday, June 2, 2011

Michael Owen kekal bersama United untuk semusim lagi.

Michael Owen bersama Alex Ferguson.


     Michael Owen menyambung kontrak bersama United untuk satu tahun lagi hingga penghujung musim depan. Bekas penyerang England itu, 31, hanya beraksi dalam kesebelasan utama empat kali musim 2010/11 - satu daripadanya dalam Liga Perdana.
    
     Ferguson berkata: 'Michael terbukti sebagai pemain bolasepak terbaik. Beliau kurang bernasib baik kerana tidak banyak peluang beraksi tetapi prestasi Hernandez menyebabkan pemain lain diketepikan. Gandingan Hernandez dan Rooney terbukti berkesan.

     'Saya gembira beliau akan kekal setahun lagi dan kami akan memberikan lebih peluang untuknya musim depan.'

     Perjanjian baru Owen banyak bergantung kepada insentif - penambahan besar bergantung kepada jumlah perlawanan dan gol dijaringkan.

     Bekas penyerang Liverpool, Real Madrid dan Newcastle itu berkata: 'Saya gembira untuk menyambung kontrak setahun lagi. Untuk bermain bersama barisan pemain-pemain hebat, dibawah kendalian pengurus yang luar biasa dan dihadapan begitu ramai penyokong yang bersemangat, ia nyata satu inspirasi. Tidak sabar untuk menunggu musim depan bermula.'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...