Wednesday, June 1, 2011

Paul Scholes - Bersaranya The One and Only Ginger Prince.

Paul Scholes
     Paul Scholes dilahirkan pada 16 November 1974 di Salford, Manchester. Pada peringkat sekolah beliau mengungguli sukan kriket dan bolasepak. Mula berlatih pertama kali dengan Manchester United pada seawal usia 14 tahun.

     Sebenarnya beliau bukan sebahagian dari pasukan pemain yang memenangi Piala FA Youth Cup 1992 yang dibarisi antaranya David Beckham, Nicky Butt, Gary Neville dan Ryan Giggs, tetapi merupakan ahli pasukan pada musim berikutnya yang layak ke akhir bersama Phill Neville. Beliau mula menjadi pemain profesional pada 23 Julai 1993 dengan jersi bernombor 24 namun perlawanan pertama beliau hanya muncul pada musim 1994/95 dan beraksi 17 kali dan menjaringkan lima gol.

Class of 1992/93
      
     Perlawanan pertama beliau bersama United adalah dalam Piala Liga menentang Port Vale 21 Sep 1994 dan menjaringkan dua gol untuk keputusan 2-1. Debut dalam liga pula menyusul tiga hari kemudian apabila United menentang Ipswich Town di Portman Road dan walaupun tewas 3-2, Scholes menjaringkan gol saguhati buat United. Pada 3 Januari 1995 beliau menjaringkan gol pertama di Old Trafford ketika berdepan Conventry City. Pada perlawanan akhir Piala FA 1995 beliau masuk sebagai pemain gantian namun United tewas 1-0 di tangan Everton.

Juara Liga 1996/1997
     Musim 1995/1996 selepas Mark Hughes berhijrah ke Chelsea, Scholes mempunyai lebih peluang beraksi dalam kesebelasan utama. Dengan penggantungan Eric Cantona, Scholes dan Andy Cole menjadi kombinasi sementara jentera serangan United. Scholes (menyarung jersi bernombor 22) menjaringkan 14 gol dalam semua kejohanan dan pada penghujung musim United mencipta rekod apabila merangkul kejuaraan berganda buat kali kedua. Beliau sekali lagi memenangi medal juara liga pada musim 1996/97 (menukar nombor jersi kepada 18 hingga sekarang) tetapi hanya menjaringkan tiga gol dalam 16 perlawanan liga.

Scholes dengan Piala FA 1996
     Pada musim berikutnya 1997/98 Scholes beralih ke posisi midfield dan serangan setelah Roy Keane mengalami kecederaan lutut pada penghujung September dan tidak lagi bermain musim itu. United menghabiskan musim tanpa sebarang trofi, kali kedua selepas musim 1994/95.

     Musim 1998/99 Paul Scholes menjadi tonggak United merangkul kejayaan Treble, Juara Liga Perdana, Piala FA dan Champions League. Beliau menjaringkan salah satu gol pada perlawanan akhir Piala FA menentang Newcastle dan gol di San Siro menentang Inter Milan. Pada separuh akhir kedua menentang Juventus beliau masuk sebagai pemain gantian dan dikenakan kad kuning yang menyebabkan beliau terlepas perlawanan akhir.

Champions League 1999
     Pada musim 2001/02 United melengkapkan perpindahan Juan Sebastian Veron dari Lazio. Untuk kedua-dua Scholes dan Veron berada dalam pasukan yang sama Alex Ferguson terpaksa menggunakan formasi 4-4-1-1, menyaksikan Scholes bermain di belakang penyerang Ruud Van Nistelrooy manakala Roy Keane dan Veron di bahagian tengah. Dalam perlawanan Eropah di tempat lawan Scholes selalunya beraksi di posisi tengah bersama Veron. Bagaimanapun beliau gagal menyesuaikan diri menyebabkan prestasi beliau menurun.

Scholes beraksi pada musim 2002/03
     Seterusnya, beliau mencipta rekod peribadi dengan jumlah jaringan tertinggi 20 gol dalam semua kejohanan pada musim 2002/03. United bergelar juara liga pada hujung musim tersebut.

     Musim berikutnya jumlah jaringan beliau menurun kepada 14 gol termasuk empat gol dalam Piala FA. Pada penghujung musim United hanya mampu merangkul Piala FA setelah mengalahkan Millwall di  Stadium Millenium. Pada musim 2004/05 United gagal memenangi sebarang trofi apabila tewas kepada Arsenal di perlawanan akhir Piala FA menerusi sepakan penalti. Sepakan penalti Scholes diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal Jens Lehmann.

Scholes gagal menjaringkan penalti
    
     Beliau terpaksa melupakan separuh musim 2005/06 apabila mengalami gangguan penglihatan dan dikhuatiri akan menamatkan kariernya. Beliau berjaya kembali untuk beraksi pada perlawanan terakhir musim menentang Charlton Athletic. United mengakhiri musim ini dengan Piala Carling Cup dengan menewaskan Wigan 4-0.

Penampilan ke 500 Scholes
    
  
     Pada 22 Oktober 2006 beliau membuat penampilan ke 500 buat United menentang Liverpool dan menjaringkan gol pertama, 12 tahun selepas debut. Scholes menjadi pemain kesembilan membuat 500 penampilan bersama pemain-pemain lain antaranya Sir Bobby Charlton, Bill Foulkes dan Ryan Giggs. Musim 2006/07 lebih bermakna apabila United merampas kembali takhta liga selepas empat tahun.

     Scholes mengalami kecederaan ligamen lutut pada permulaan musim 2007/08 dan diketepikan hingga Januari 2008. Beliau kembali sebagai gantian pada perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Tottenham. Pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Barcelona di Nuo Camp beliau membuat penampilan ke 100 dalam Champions League namun United hanya mampu seri 0-0 setelah Ronaldo gagal menyempurnakan penalti pada awal babak pertama.

Scholes dengan gol kemenangan
     Perlawanan kedua lebih bermakna apabila beliau menjaringkan gol kemenangan untuk membawa United ke perlawanan akhir menentang Chelsea di Moscow. Sekali lagi United bergelar juara liga dan juara Champions League musim 2007/08. Scholes akhir disenaraikan dalam English Football Hall of Fame pada September 2008.

     Pada 22 April 2009 Scholes membuat penampilan ke 600 ketika menentang Portsmouth dan United menang 2-0 pada perlawanan itu. Musim 2008/09 diakhiri dengan United merangkul gelaran liga dan Piala Carling namun terlepas trofi Champions League apabila tewas 2-0 di tangan Barcelona di Rome.

Scholes, musim 2009/10
     Musim 2009/10 beliau menjaringkan tujuh gol dalam semua kejohanan. Antara gol penting adalah ketika United menewaskan Manchester City 3-1 dalam perlawanan Piala Carling, gol menewaskan AC Milan 3-2 di San Siro (menjadikannya pemain pertama menjaringkan gol terhadap Inter dan AC Milan) dan gol tunggal mengalahkan Wolves 1-0 untuk gol liga ke 100. Beliau menjadi pemain ke 19 dalam sejarah Liga Perdana untuk menjaringkan 100 gol dan ketiga United selepas Giggs dan Rooney. Scholes melanjutkan kontrak semusim lagi pada April 2010 dan United yang terlepas gelaran liga kepada Chelsea dengan beza satu mata hanya menamatkan musim dengan Piala Carling.

     Musim 2010/11 bermula dengan baik dengan penampilan man of the match pada perlawanan Community Shield menewaskan Chelsea 3-1. Gol pertama beliau musim ini hadir pada 22 Ogos 2010 ketika seri 2-2 dengan Fulham. Penglibatan beliau agak terhad dan kebanyakkannya bermula dari bangku simpanan. Pada perlawanan separuh akhir Piala FA beliau dibuang padang setelah mengasari Pablo Zabaleta, dan United tewas 1-0 di tangan seteru setempat City. Dengan United sekali lagi tewas kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Champions League, United hanya menamatkan musim sebagai juara liga untuk rekod ke 19. Namun pada tanggal 31 May 2011 Scholes mengumumkan persaraan dari bolasepak profesional dan akan menyertai staf jurulatih di Old Trafford. 

     















Pencapaian.

Manchester United
  • Liga Perdana (10) 1995/96, 1996/97, 1998/99, 1999/00, 2000/01, 2002/03, 2006/07, 2007/08, 2008/09, 2010/11.
  • Piala FA (3) 1996, 1999, 2004.
  • Piala Liga (2) 2009, 2010.
  • FA Community Shield (5) 1996, 1997, 2003, 2008, 2010.
  • UEFA Champions League (2) 1998/99, 2007/08.
  • Piala Intercontinental (1) 1999.
  • Piala FIFA World Club (1) 2008.

Antarabangsa (England)
  • Piala Dunia 1998 - pusingan 16 pasukan.
  • Euro 2000 - peringkat kumpulan.
  • Piala Dunia 2002 - suku akhir.
  • Euro 2004 - suku akhir.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...