Tuesday, June 28, 2011

Nani mengalu-alukan kehadiran Ashley Young.

Nani
     Nani menegaskan beliau mengalu-alukan kehadiran Ashley Young ke Old Trafford dan bersedia dengan persaingan yang semakin meningkat posisi sayap Manchester United.

     United melengkapkan perpindahan Young minggu lepas selepas pemain Aston Villa itu bersetuju dengan kontrak lima tahun, dan sekaligus mencetuskan spekulasi masa depan Nani apabila dikaitkan dengan kelab-kelab gergasi Eropah lain.



     Pemain antarabangsa Portugal itu dilaporkan mahu mendapatkan jaminan mengenai peranannya dalam pasukan musim depan terutama selepas tidak dinamakan dalam kesebelasan utama pada perlawanan akhir Champions League menentang Barcelona.

     Walaubagaimanapun bekas pemain remaja Sporting Lisbon itu tidak bimbang untuk bersaing untuk tempat dalam kesebelasan utama malahan merasakan penambahan pemain berkualiti akan meningkatkan peluang Red Devils menambah trofi musim depan.

     "Sudah tentu saya mengalu-alukan semua pemain baru di Old Trafford dan Man United sememangnya kelab terbaik," kata Nani. "Apabila mereka (kelab) membawa masuk pemain baru, mereka tahu samada pemain itu bagus atau tidak.

     "Ia petanda baik buat pasukan, kami mahu lebih ramai pemain membantu untuk memenangi lebih banyak trofi."

     Nani tiba di Old Trafford dari Sporting Lisbon pada 2007 dan pemain 24 tahun ini percaya persaingan tempat dalam kesebelasan utama sebelum ini dengan rakan senegara Cristiano Ronaldo memotivasikan beliau dan yakin beliau berada dalam kedudukan yang baik.

     "Saya telah berada di sini ketika Cristiano Ronaldo masih pemain United, beliau adalah pemain terbaik dunia. Buat masa ini saya tidak bimbang dengan beliau (Young)."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...