Monday, June 6, 2011

Gosip - Samir Nasri ke Manchester United?

Evra dan Nasri bersama skuad Perancis


     Samir Nasri belum membuat keputusan samada ingin kekal bersama Arsenal dan menandatangani kontrak perjanjian baru. Kontraknya dengan Arsenal masih berbaki setahun hingga penghujung musim depan. Dalam masa yang sama beliau tidak menolak kemungkinan prospek untuk beraksi di Old Trafford.


     Rakan sepasukan Perancis, pemain bek kiri United Patrice Evra minggu lalu menggesa Nasri menyertainya di Old Trafford. Nasri, 23, tidak memberikan reaksi yang penyokong-penyokong Arsenal inginkan menjelang perlawanan persahabatan Perancis menentang Poland Selasa ini.

     Beliau memberitahu saluran TV Perancis TF1's Telefoot: 'Saya tidak pasti adakan saya akan menandatangani kontrak baru. Namun perbincangan masih berjalan. Buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkannya lagi, mungkin selepas perlawanan dengan Poland nanti.'

     'Adakah saya mahu ke United? Pertama sekali kita perlu lihat samada perkara itu betul dan konkrit.'

     Kehilangan Nasri pastinya menjadi tamparan besar buat Arsene Wenger dan Arsenal, dengan pemain midfield itu menjadi pemain terbaik Arsenal peringkat awal musim lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...