Wednesday, June 6, 2012

Terkini - Manchester United setuju perpindahan Shinji Kagawa.

     Manchester United telah menandatangani penyerang Borussia Dortmund  Shinji Kagawa dengan yuran perpindahan yang belum didedahkan. Kagawa yang sebelum ini dikaitkan dengan pasukan Sir Alex Ferguson akan menyertai Old Trafford bergantung kepada pemeriksaan perubatan dan permit kerja UK.

     Sejak menyertai Dortmund untuk yuran £285,000 dari Cerezo Osaka pada 2010, Kagawa telah membantu kelab Jerman itu memenangi gelaran liga dua musim berturut-turut dan menjaringkan 29 gol dalam 71 penampilan.



     Beliau mengalami kecederaan metatarsal pada Piala Asia 2011 yang mengakibatkan beliau terlepas sebahagian musim pertama beliau di Jerman. Bagaimanapun bintang Jepun itu masih mampu menjaringkan lapan gol daripada 18 perlawanan dan disenarai dalam Bundesliga Team of the Season.

     Musim lalu beliau juga membantu Dortmund memenangi Piala DFB-Pokal buat kali ketiga dalam sejarah kelab. Namun selepas tidak tersenarai dalam pasukan Jepun untuk Piala Dunia 2010 masih ada peluang buat Manchester United untuk membuat rayuan mendapatkan permit kerja UK.
    
     Buat masa ini Kagawa gagal memenuhi kriteria yang diwajibkan iaitu sekurang-kurangnya telah bermain 75 peratus daripada perlawanan kompetitif negaranya dalam tempoh dua tahun sebelum ini, namun status sebagai 'bakat hebat' setelah menjuarai liga dua kali berturut-turut mampu memastikan beliau dalam perjalanan menuju ke Old Trafford. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...