Friday, June 8, 2012

Gosip - Manchester United sedia tawar Spurs £22 juta untuk Modric.

    Manchester United bersedia untuk menguji tekad Tottenham untuk mengekalkan pemain midfield Luka Modric dengan bidaan £22 juta. Pemain Croatia itu telah lama dalam senarai pemain idaman Sir Alex Ferguson.

     Walaupun Tottenham meletakkan nilai sekitar £30 juta, United tidak sanggup untuk membayar amaun tersebut untuk pemain perancang 26 tahun itu. United percaya kegagalan Spurs untuk layak ke Champions League musim depan memudahkan usaha mendapatkan Modric.

     Modric cuba untuk memaksa perpindahan ke Chelsea musim panas lalu namun pengerusi Spurs Daniel Levy enggan membenarkan beliau berbuat demikian. Sekarang Modric dilihat bersedia untuk membuat permohonan perpindahan sekali lagi dengan Tottenham tidak akan menghalang hasrat beliau kali ini. Spurs sudah pasti mahu mendapat bayaran semaksimum mungkin dan United perlu meningkatkan tawaran permulaan.

     Ferguson telah menandatangani pemain midfield Jepun Shinji Kagawa dari Borussia Dortmund dan mahu menambah pemain seperti Modric dan pertahanan Everton dan England Leighton Baines. Bos Old Trafford itu mahu Baines menggantikan bek kiri Patrice Evra, yang mana menjadi pilihan pertama posisi tersebut sejak lima musim lalu.

     Everton menegaskan Baines bukan untuk dijual, meletakkan nilai pemain 27 tahun sekitar £20 juta - amaun yang tidak mahu dibayar United. Pihak United menilai Baines tidak lebih £15 juta, dengan usia beliau bermakna tiada nilai jualan semula. Sebarang perjanjian dijangka hanya akan berlaku selepas Euro 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...