Wednesday, June 13, 2012

Terkini - Manchester United tandatangan pemain England bawah 18 Nick Powell.

     Manchester United mengesahkan menandatangani Nick Powell dari Crewe Alexandra dengan yuran perpindahan yang belum disahkan. Pemain midfield itu lulus ujian perubatan dan bersetuju dengan kontrak empat tahun yang bermula 1 Julai akan datang.

     United menewaskan cabaran beberapa pasukan Liga Perdana lain untuk mendapatkan pemain muda berbakat itu yang menyifatkan perpindahan ini sebagai 'mimpi jadi kenyataan'. Powell mempamerkan aksi hebat bersama Crewe dalam League Two, menjaring 14 gol dalam 38 penampilan liga musim lalu dan membantu kelabnya dipromosi ke League One.


     Bercakap kepada laman web rasmi, Sir Alex Ferguson berkata: "Kami telah memerhatikan Nick untuk beberapa bulan sekarang. Beliau adalah bakat luar biasa dan berkembang baik di Crewe.

     "Saya gembira beliau memilih United. Beliau berpotensi besar dan kami tidak sabar untuk bekerjasama."

     Pemain 18 tahun itu gembira telah melengkapkan perpindahan idaman dan tidak sabar untuk bersama rakan sepasukan musim depan.

     "Ia benar-benar impian jadi kenyataan untuk bersama Manchester United. Saya gembira bersama Crewe dan saya mahu berterima kasih kerana membantu saya menjadi pemain sepanjang 13 tahun lalu," kata Powell.

     "Saya teruja untuk menyambung perkembangan dan kemajuan saya dengan Sir Alex bersama pemain kelas dunia dalam pasukan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...