Thursday, May 31, 2012

Manchester United kelab bolasepak paling popular dunia.

     Kajian peringkat antarabangsa yang terbaru mendapati juara liga England 19 kali Manchester United memiliki pengikut seramai 659 juta seleruh dunia.

     Diterajui agensi penyelidikan terkenal, Kantar, dan mengumpulkan 54,000 responden daripada 39 negara. Kantar mendapati bolasepak kekal sebagai sukan paling popular dunia dengan 1.6 billion pengikut seluruh dunia.


     Richard Arnold, Pengarah Komersial kelab mengulas mengenai strategi jangka panjang yang menjadikan Manchester United kelab nombor satu dunia.

     "Manchester United telah membina asas kukuh dengan tradisi pemain-pemain hebat, pasukan hebat dan pencapaian hebat – Beckham, Busby, Benfica ’68. Sekarang perlawanan kami disiar kepada lebih 1.15 billion penonton.

    "Dengan jelajah trofi DHL Champ19ns kami dapat lihat keghairahan dan semangat di kalangan komuniti pengikut di 38 bandar seluruh dunia dan tiada pantai atau jalan yang anda tidak lihat jersi Aon dan Nike. Kajian ini menunjukkan bahawa 'keluarga' pengikut kami makin bertambah dan semakin kuat."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...