Thursday, May 24, 2012

Tom Cleverley berharap masalah kecederaan tidak jejaskan masa depan di Manchester United.

     Pemain midfield Manchester United Tom Cleverley berharap masalah kecederaan yang menghantui beliau musim lalu sudah berakhir untuk membolehkan beliau meneruskan usaha meningkatkan kualiti permainan dan mencabar posisi dalam kesebelasan utama di Old Trafford.

     Cleverley 22 tahun, kecewa dengan sumbangan beliau musim 2011/12 selepas masalah kecederaan ligamen buku lali yang memaksa pemain midfield itu, yang pada awal musim beraksi dengan baik hanya membuat 10 permulaan dalam liga.

     "Ia merupakan igauan ngeri namun saya masih 22 tahun dan masih ada 15 tahun di depan saya (untuk bermain)," Cleverley memberitahu Manchester Evening News.

     "Saya harap ianya berakhir (masalah kecederaan) sekarang. Terdapat satu masa musim lalu saya rasa sayalah pemain paling tidak bernasib baik dalam dunia. Daripada permulaan yag cemerlang ia menjadi musim sukar dalam hidup saya namun ia menjadikan saya kuat dari segi mental."

     Ini bukanlah pertama kali Cleverley bergelut dengan masalah kecederaan jangka panjang. Beliau juga mengalami masalah sama semasa dipinjamkan ke Leicester City dan Watford, namun mengakui insiden terkini adalah yang paling sukar setakat ini.

     "Ini adalah yang paling sukar setakat ini. Jika anda beritahu selepas perlawanan dengan Everton Oktober lalu bahawa saya tidak akan bermain lagi selepas itu, sudah pasti saya hampa.

     "Tiada apa yang lebih hebat selain dapat bermain untuk Manchester United. Untuk diketepikan daripada beraksi amat sukar untuk diterima. Saya tidak bernasib baik sekarang saya perlu menanganinya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...