Wednesday, May 23, 2012

Gosip - Manchester United buka rundingan dengan Everton untuk Leighton Baines.

     Manchester United telah membuka rundingan dengan Everton untuk menandatangani bek kiri England Leighton Baines.

     Wakil United David Gill telah menghubungi pengerusi Goodison Bill Kenwright untuk membuka bidaan dan kelab Old Trafford bersedia membayar £12 juta untuk pemain pertahanan itu.

     Kenwright tidak mahu kehilangan Baines dan pastinya mahu bayaran yang lebih - dengan £15 juta sekurang-kurangnya - namun rundingan sedang berjalan.


     Baines masih menunggu keputusan sebelum berlepas bersama pasukan England ke kejohanan Euro 2012. Beliau tentunya sedang menunggu bidaan diterima. Bidaan ini berikutan kegagalan United menghalang Manchester City daripada merangkul kejuaraan liga dan sudah pasti mengejutkan kerana Patrice Evra adalah pemain kesebelasan utama.

     Bagaimanapun Sir Alex Ferguson mahu memperkukuhkan posisi tertentu dan Baines terbukti pemain yang memiliki kualiti, menjadi pemain utama dalam barisan kesebelasan David Moyes sejak menyertai Everton dari Wigan. Baines masih dalam kontrak namun tawaran besar sebegini akan memberikan kekuatan kewangan untuk dilaburkan untuk pemain-pemain baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...