Wednesday, May 23, 2012

Ole Gunnar Solskjaer tarik diri tawaran menjadi pengurus Aston Villa.

     Lagenda Manchester United Ole Gunnar Solskjaer telah menarik diri daripada menjadi pengurus baru Aston Villa selepas mengadakan perbincangan dengan kelab sekarang Molde.

     Solskjaer memberitahu pengerusi Villa Randy Lerner beliau tidak mahu lagi dipertimbangkan jawatan tersebut, dan mahu kekal dengan kelab Norway atas alasan keluarga berikutan perbincangan dengan Kjell Inge Rokke, pengerusi Molde, di Oslo.

     Beliau yang berusia 39 tahun disebut-sebut akan menggantikan Alex McLeish selepas mengadakan perbincangan dengan Lerner Jumaat lalu namun dipanggil bertemu Rokke semalam. Masa depan Solskjaer dibincangkan dalam empat jam pertemuan itu. Villa sekarang perlu mencari calon-calon lain selepas bekas penyerang Manchester United jelas mahu kekal di negara kelahirannya.

     Tony Morley, bekas pemain sayap Villa, memberi amaran kepada Lerner sebelum itu bahawa ia adalah kesilapan besar jika melantik Solskjaer.

     "Ini merupakan keputusan besar yang perlu Randy Lerner ambil semenjak mengambil alih Aston Villa. Beliau tidak boleh melakukan kesilapan," kata Morley.

     "Beliau perlu mencari seseorang yang lebih berpengalaman daripada Ole Gunnar Solskjaer. Solskjaer mungkin menjadi pengurus terbaik dalam masa 10 tahun akan datang namun beliau belum berpengalaman dalam Liga Perdana.

     "Kami perlu seseorang yang berpengalaman mengurus pasukan liga utama Eropah. Malangnya Solskjaer belum mempunyai apa yang kami perlukan."    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...