Monday, May 21, 2012

Dimitar Berbatov - Masa saya di Manchester United semakin suntuk.

     Penyerang Manchester United Dimitar Berbatov telah menyatakan kekecewaan dengan layanan ke atasnya musim ini dan mengumumkan kemungkinan meninggalkan Old Trafford musim panas ini.

     Bekas pemain Tottenham itu berhijrah ke United dengan kos £30 juta empat tahun lalu namun gagal meletakkan diri dalam kesebelasan utama sepanjang tempoh itu.

     Walaupun muncul penjaring terbanyak  liga musim 2010/11, Berbatov hanya membuat penampilan sebagai pemain gantian musim ini dengan United mengakhiri musim dengan tangan kosong.

     Berbatov memberitahu saluran televisyen Bulgaria BTV: "Masa saya di Manchester United semakin suntuk. Saya tidak lagi rasa sebahagian daripada pasukan.
 
     "Saya rasa telah lakukan yang terbaik setiap kali diberi peluang. Namun saya sedikit kecewa dengan apa yang berlaku, saya tida rasa saya berhak mendapatnya.

     
     "Saya telah bercakap lebih daripada 10 kali dengan pengurus dan beliau selalu memberitahu akan ada tempat buat saya dalam pasukan. Namun selepas itu saya masih di bangku simpanan.

     "Namun saya juga mempunyai maruah dan tidak lagi membuat pertemuan seperti itu, ia jelas saya akan meninggalkan United."

     Penjaring terbanyak pasukan kebangsaan Bulgaria itu sudah pasti tidak kekurangan pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya, namun bekas penyerang Leverkusen itu tidak menyatakan destinasi beliau seterusnya.

     Beliau bagaimanapun menolak kemungkinan mengikut jejak langkah bekas rakan pasukan Carlos Tevez yang menyertai seteru setempat Manchester City.

     "Saya mencari tempat baru, saya tahu saya masih mampu bermain di tahap tertinggi," sambung beliau. "Saya tidak mungkin menyertai Man City, saya sangat setia. Saya berpeluang menyertai City sebelum ini namun saya telah memilih United."

Statistik Berbatov selama empat tahun di United.

-Penampilan utamaPemain gantianGol
Liga Perdana822648
Piala FA521
Piala Liga501
Champions League14115
Piala UEFA100
Lain-lain121
Keseluruhan1084156

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...