Friday, May 18, 2012

Michael Owen akan meninggalkan Manchester United.

     Penyerang Manchester United Michael Owen menyatakan dalam laman Twitter bahawa beliau tidak akan ditawarkan kontrak baru dan akan berehat sementara sebelum membuat keputusan berikutnya.

     Bekas pemain antarabangsa England itu menghabiskan masa tiga tahun di Old Trafford dan akan sentiasa diingati penyokong United dengan gol kemenangan   4-3 dalam Manchester derby pada musim pertama beliau bersama United.

     Bagaimanapun, kecederaan dan persaingan untuk tempat posisi serangan dengan pemain seperti Wayne Rooney, Javier Hernandez, Dimitar Berbatov dan Danny Welbeck bermakna Owen tidak dapat bermain dengan sekerap mungkin di Old Trafford dan ternyata beliau hanya membuat empat penampilan musim ini.

     Penampilan terakhir beliau adalah pada November tahun lalu ketika kemenangan 2-0 ke atas Otelul Galati dalam Champions League, apabila beliau terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan paha selepas hanya 10 minit permainan.

     "Pengurus (Sir Alex) memberitahu saya selepas perlawanan testimoni Selasa lalu bahawa kelab tidak akan menawarkan kontak baru kepada saya," beliau menulis dalam laman Twitter.

     "Saya gembira setiap saat dalam tiga tahun bersama di kelab hebat ini. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, kakitangan dan para penyokong dan moga berjaya di masa akan datang."

     Sungguhpun begitu Owen mendakwa beliau tidak memikirkan tentang persaraan buat masa ini.

     "Saya baru 32 tahun," tambah beliau. "Saya mungkin nampak berusia namun apabila melihat pemain-pemain seperti Scholesy dan Giggsy, anda tidak perlu motivasi dan keyakinan tambahan untuk terus bermain hingga lewat 30an, saya masih muda jika dibuat perbandingan.

     "Apabila saya bangun saya masih rasakan badan saya masih dalam keadaan baik walaupun mengalami beberapa kecederaan. Saya tidak bangun dengan merasakan kesakitan otot atau perkara seumpamanya. Pada usia 32 saya merasakan masih mampu beraksi untuk dua atau tiga tahun lagi, dan diharapkan dapat memberi sumbangan dengan pasukan lain."

Statistik Owen di United.

KejohananKesebelasan utamaPemain gantianGol
Liga Perdana6255
Piala FA121
Piala Liga617
Champions League454
Lain-lain110
Keseluruhan183417

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...