Wednesday, May 16, 2012

Gosip - Agen Shinji Kagawa sahkan perbincangan dengan Sir Alex Ferguson.

     Pemain Borussia Dortmund Shinji Kagawa berada di England dan telah mengadakan perbincangan dengan pengurus Manchester United  Sir Alex Ferguson hari Selasa lalu, demikian pendedahan agen pemain tersebut.

     Berikutan laporan mengatakan pemain perancang tersebut datang ke Manchester, wakil beliau Thomas Kroth mengesahkan kliennya telah mengadakan perbincangan dengan pihak United.


     Pemain 23 tahun itu dijangka meninggalkan juara Bundesliga dan DFB-Pokal musim panas ini, dengan pengarah sukan Dortmund Michael Zorc ada mendedahkan kliennya menolak lanjutan kontrak yang akan berakhir 2013.

     Dan selepas laporan muncul Selasa lalu bahawa pemain antarabangsa Jepun itu terbang ke England, Kroth mengesahkan perbincangan dengan Sir Alex.

     Kedua pihak Manchester United Kagawa berminat dengan perpindahan menurut Kroth namun hanya menyatakan "Keputusan masih terbuka."

     Sementara itu Zorc mengesahkan beliau bersedia mendengar tawaran untuk pemain itu dengan Dortmund dilaporkan mahukan bidaan sekitar €15 juta (£12 juta).

     Spekulasi mengaitkan Kagawa dengan perpindahan ke Old Trafford semakin hangat beberapa minggu kebelakangan ini, dengan Sir Alex menyaksikan aksi Kagawa semasa kemenangan Dortmund ke atas Bayern Munich perlawanan akhir DFB-Pokal di Berlin.

     Kagawa merupakan sebahagian daripada pemain utama dalam pasukan juara liga Dortmund, menjaringkan 17 gol dan 13 assists dalam 42 perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...