Friday, June 22, 2012

Shinji Kagawa tiba di Manchester untuk ujian perubatan.

     Pemain antarabangsa Jepun Shinji Kagawa semakin hampir menjadi pemain Manchester United secara rasmi apabila terbang ke England hari ini (Jumaat) untuk ujian perubatan. United telah bersetuju untuk menandatangani pemain daripada kelab juara Bundesliga Borussia Dortmund yang dianggar bernilai  melebihi £17 juta.

     Sekiranya pemain 23 tahun itu lulus pemeriksaan perubatan minggu ini, United perlu menunggu permit kerja sebelum melengkapkan perpindahan. Difahamkan United mungkin terpaksa membuat rayuan untuk mendapatkan permit  disebabkan buat masa ini beliau tidak menepati syarat ketat yang ditetapkan.

     Adalah ditetapkan seorang pemain itu perlu bermain sekurang-kurangnya 75 peratus daripada perlawanan kompetitif negara asalnya untuk tempoh dua tahun terakhir - syarat yang belum dipenuhi Kagawa. Walaubagaimanapun jika beliau diterima sebagai 'bakat luar biasa', ini membolehkan beliau akhirnya akan diberikan permit yang diperlukan untuk berpindah ke Old Trafford. 

     Jurulatih pasukan utama Rene Meulensteen memuji kualiti yang dimiliki Kagawa, di mana kelab meletakkan harapan untuk memberi cabaran kepada penyadang juara Manchester City dan pasukan baru Chelsea dalam perebutan takhta liga.

     "Saya memandang tinggi (keupayaan dan kemahiran) Kagawa," kata Meulensteen. "Beliau bermain di belakang pemain lawan pada bahagian midfield, bermakna beliau membantu penguasaan bola atau memulakan serangan.

     "Beliau pantas (dengan bola), satu atau dua sentuhan mampu mencipta peluang dan jaringkan gol. Kesimpulannya beliau pakej yang lengkap yang anda mahu daripada pemain midfield serangan."

     Dalam dua musim bersama Dortmund, Kagawa telah menjuarai Bundesliga dua kali dan satu Piala Jerman Cup, dengan 71 penampilan dan menjaringkan 29 gol.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...