Tuesday, December 27, 2011

Park Ji Sung - Gol awal sangat penting untuk bina keyakinan pasukan.

Park Ji Sung diraikan rakan sepasukan.
     Park Ji Sung berbangga kerana meletakkan United di landasan tepat apabila membuka jaringan pada kemenangan 5-0 Manchester United ke atas Wigan Athletic di Old Trafford. Beliau menegaskan gol awal membolehkan pasukan membina keyakinan sepanjang perlawanan.

     Pemain Korea itu menjaringkan gol selepas lapan minit perlawanan, selepas rakan baik beliau Patrice Evra, membantu mencipta gol tersebut. United tidak menoleh kebelakang selepas itu, dengan saingan Manchester City, Chelsea dan Liverpool kesemuanya hanya mencatat keputusan seri.


     "Tujuan utama kami adalah untuk berada di depan. Kami berusaha untuk mempamerkan aksi terbaik dalam tempoh ini (Krismas dan Tahun Baru) dan meletakkan ia (prestasi) ke tempat lebih tinggi," Park memberitahu MUTV.

     "Jaringan awal memberikan kami lebih keyakinan dan tenaga sepanjang perlawanan. Kami sentiasa berusaha untuk kekalkan dan fokus. Gol awal banyak membantu."

     Park mengakui beliau selama ini tidak tahu bahawa United pernah mempunyai banyak masalah kecederaan seperti ketika ini, namun menegaskan prestasi dan keputusan dengan Wigan membuktikan United boleh mengatasinya.

     "Anda tahu bahawa tahun-tahun sebelum ini kami telah membuktikannya (menang walaupun ditimpa masalah kecederaan)," imbas Park. "Kami berharap akan dapat kembali pemain-pemain pertahanan yang cedera kerana perlawanan menjelang amat penting bagi kami.

     "Kami bertukar-tukar (kesebelasan utama) ramai pemain namun masih mengekalkan persembahan mantap dan itulah penentu kami menjuarai liga (sebelum ini). Diharapkan ia tidak akan berubah musim ini."

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...