Wednesday, December 28, 2011

Phil Jones dan Chris Smalling bakal kembali menentang Blackburn.

Jones dan Smalling ketika bersama England.
     Phil Jones dan Chris Smalling akan kembali memperkukuhkan pertahanan Manchester United pada perlawanan menentang Blackburn, sekiranya mereka sempat pulih daripada gangguan kesihatan yang menghalang mereka beraksi ketika menewaskan Wigan 5-0 Isnin lalu.

     Barisan pertahanan yang mengalami rombakan besar termasuk Antonio Valencia dan Michael Carrick, dan kemudian Patrice Evra beraksi di pertahanan tengah bergandingan dengan Carrick, telah mempamerkan aksi cemerlang dan menafikan setiap peluang pasukan The Latics.

     Senarai kecederaan yang dialami United semakin meningkat namun Sir Alex berharap dapat menurunkan semula Jones dan Smalling berdepan Rovers berikutan Rio Ferdinand dan Jonny Evans, yang mungkin disisihkan dua minggu disebabkan kecederaan betis.

     "Ia seakan mimpi ngeri buat kami untuk beberapa hari lepas. Phil Jones dan Chris Smalling keduanya mempunyai masalah kesihatan, kemudian Rio (Ferdinand) mengadu kecederaan belakang pada Ahad lalu dan Jonny Evans terpaksa digantikan pada separuh masa (menentang Wigan)," Sir Alex memberitahu MUTV.

     "Ia memberikan tekanan, namun kami mempamerkan aksi hebat pada masa pertama dan mendapat gol awal yang sangat membantu. Dan kami berjaya mengharungi perlawanan tanpa kecederaan.

     "Saya berharap Smalling dan Jones segera pulih (berdepan Blackburn) dan memberikan perubahan."

*sumber - manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...