Wednesday, December 28, 2011

Gosip - Bayer Leverkusen berminat dapatkan semula Dimitar Berbatov dari Manchester United.

Berbatov ketika bersama Leverkusen.
     Penyerang Manchester United Dimitar Berbatov ada berhubung dengan Bayer Leverkusen mengenai potensi perpindahan, demikian menurut wakil agen pemain tersebut.

     Pemain Bulgaria itu menghabiskan enam musim dengan kelab Jerman itu sebelum menyertai Tottenham namun perpindahan ke bekas kelabnya bergantung kepada kesediaan United menawarkan kontrak baru kepada beliau.


     Apabila ditanya media Jerman Bild mengenai khabar angin mengaitkan Berbatov dengan bekas kelabnya, Ivan Dobrinov, ahli kumpulan yang mewakili Berbatov, mengesahkan ada berlakunya komunikasi kedua pihak.

     Beliau berkata: "Ia lebih dari khabar angin. Leverkusen mahu dapatkan Berbatov. Mereka telah berhubung, tetapi tiada persetujuan setakat ini. Semuanya bergantung kepada perancangan United."

     Berbatov hanya membuat 14 penampilan setakat ini dan kontrak beliau akan tamat pada penghujung musim. Beliau sentiasa dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford dan, menurut Dobrinov, masih mengingati kelab yang pernah beliau beraksi dari 2001 hingga 2006.

     Dobrinov menambah: "Beliau (Berbatov) tidak pernah lupakan Leverkusen, kelab yang masih dalam ingatan beliau. Tambahan pula, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan di Bayer."

     Walaupun dikaitkan dengan perpindahan, pemain 30 tahun itu berada dalam prestasi yang cemerlang ketika ini. Beliau menjaringkan hatrik ketika menentang Wigan, bermakna beliau telah menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan terakhir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...