Thursday, December 29, 2011

Alex Ferguson nafi mahu dapatkan pemain baru pada perpindahan Januari.

     Sir Alex Ferguson menafikan cadangan bahawa beliau akan berbelanja besar bagi mendapatkan pemain baru Januari ini, malah beliau mendakwa tidak akan berbelanja sesuka hati dalam usaha mengatasi masalah kecederaan di Manchester United yang semakin membimbangkan ketika ini.

     Pengurus 69 tahun itu menegaskan bahawa beliau hanya akan terlibat dalam perpindahan Januari sekiranya boleh mendapatkan pemain yang telah lama menjadi sasaran dan mengelak daripada melakukan urusan tergesa-gesa.

     Ferguson memberitahu MUTV: "Saya tidak fikir akan menukar taktik (mendapat pemain baru pada Januari) kerana, jika ada pemain yang saya berminat, dan boleh berurusan pada Januari, kami akan cuba melakukan perpindahan.

     "Tetapi tidak ada pemain yang benar-benar kami mahukan (ketika ini), melainkan kami dapat kenalpasti seseorang yang kami kerap kali pantau kerana kami tidak berbelanja untuk dapatkan pemain sesuka hati di kelab ini.

     "Biasanya, kami cuba dapatkan perkembangan terbaru setiap pemain, terutamanya latarbelakang dan tiada siapa setakat ini yang memenuhi kriteria tersebut."

     Pengurus dari Scotland itu juga mencadangkan selain daripada berbelanja mendapatkan pemain baru, beliau mungkin melihat kepada pemain-pemain muda pelapis untuk mengatasi masalah kecederaan ketika ini, dengan pemain seperti Paul Pogba dan Ravel Morrison dijangka akan tersenarai untuk beraksi dalam masa terdekat ini.

     "Mereka semakin matang dengan peningkatan usia," sambung Ferguson. "Ezekiel Fryers juga terlibat. Larnell Cole, Jesse Lingard dan Ravel Morrison kesemuanya terlibat.

     "Apabila anda rasa mereka sudah bersedia (beraksi dalam pasukan utama), mungkin kualiti (pemain) telah meningkat sejak Giggs membuat penampilan pertama pada usia 17 tahun, malah  Darren (Ferguson) juga masih muda dan Lee Sharpe juga mula beraksi pada umur 17 tahun. Terdapat beberapa pemain beraksi seawal usia itu.

     "Namun mereka mempunyai keupayaan dan kualiti permainan, jadi saya tidak rasa salah untuk mencuba satu dua pemain, terutama ketika bermain di tempat sendiri. Juga melibatkan mereka sebagai pemain gantian untuk mereka merasai sebahagian daripada perlawanan, yang mana kami cenderung untuk lakukan kepada mereka. Jadi ia memang dalam fikiran saya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...