Friday, December 30, 2011

Blast from the Past - Perebutan gelaran liga musim 1994/95 antara Manchester United dan Blackburn Rovers.

Blackburn juarai liga
     Liga Perdana mula diperkenalkan dalam bolasepak England pada musim 1992/93 dengan Manchester United merangkul dua kejuaraan liga pertama kemudian Blackburn Rovers muncul pencabar pada musim 1994/95 sekaligus menghalang gelaran hatrik. Ini ditambah dengan detik 'gila' Eric Cantona di Crystal Palace, gelaran ketiga berturut-turut dihalang oleh pasukan berbelanja besar Blackburn yang dibawah kendalian bekas lagenda Liverpool Kenny Dalglish.


Ferguson bersama Cole
     Dalam mengejar gelaran Liga Perdana, Blackburn Rovers sekali lagi memecahkan rekod perpindahan Britain dengan menandatangani penyerang Norwich City Chris Sutton pada Julai dengan kos £5 juta. Rekod tersebut dipecahkan sekali lagi pada Januari oleh Manchester United yang membayar £6 juta kepada Newcastle United bersama nilai £1juta untuk Keith Gillespie bagi mendapatkan penyerang Andy Cole.

     Penyerang muda Liverpool Robbie Fowler juga menonjol pada bulan Ogos apabila menjaringkan hatrik dalam masa empat minit ketika menewaskan Arsenal di Anfield 3-0. Ini adalah rekod dalam Liga Perdana dan tidak lupa juga rekod kemenangan 9-0 Manchester United ke atas Ipswich di Old Trafford pada Februari dengan Cole permain terbaik perlawanan dengan lima gol.

Cantona digantung lapan bulan
     Penyerang Manchester United Eric Cantona menjadi tajuk utama musim apabila beliau menyerang penyokong Crystal Palace di Selhurst Park pada Januari. Pemain Perancis itu melayangkan sepakan ala kung-fu kepada Matthew Simmons yang mengeluarkan kata-kata kesat daripada tempat duduk penonton. Cantona digantung lapan bulan dan denda £20,000.

     Cantona kemudian membuat sidang media dan memberikan ungkapan terkenalnya kepada wartawan. Mereka (wartawan) menjangka beliau akan memberikan komen tentang kejadian di Selhurst Park namun beliau mengeluarkan kenyataan "When the seagulls follow the trawler, it’s because they think sardines will be thrown in to the sea." (Apabila burung camar mengikut kapal tunda nelayan, itu adalah kerana mereka sangka ikan sardin akan dibuang ke laut). Tiada siapa dapat menolak bahawa penggantungan Cantona, terdapat kemungkinan besar satu mata yang diperlukan untuk bergelar juara musim ini adalah disebabkan insiden tersebut.

Miklosko menafikan peluang Andy Cole
     Ia juga adalah sebab penentuan gelaran liga hanyta ditentukan pada perlawanan akhir musim, menyaksikan Blackburn memintas Manchester United pada hari terakhir musim. Dengan Blackburn ketinggalan 2-1 kepada Liverpool, kemenangan cukup buat United untuk menjadi juara namun kedegilan pertahanan dan penjaga gol West Ham mengikat kedudukan 1-1 di Upton Park. Aksi hero penjaga gol Ludo Miklosko menamatkan harapan United bergelar juara dalam perebutan paling dramatik dalam sejarah liga. United hanya layak ke Piala UEFA bersama Nottingham Forest, Liverpool dan Leeds United.

      Apabila ditanya satu perlawanan yang mahu beliau 'tukar' keputusan sepanjang 25 tahun di Old Trafford, Sir Alex Ferguson menjawab.

     "Perlawanan dengan West Ham, di tempat lawan, pada 1995 apabila kami seri 1-1.

     "Pengadil terlepas sepakan penalti yang mana pertahanan West Ham Tim Breacker dengan jelas menggunakan tangan untuk mengeluarkan bola. Ia sukar dipercayai.

     "Itu adalah perlawanan yang saya mahu tukar kerana kami berhak untuk menang hari itu. Ia lebih kepada penderitaan dan kekalutan di hadapan pintu gol. Ia bukan milik kami. Takdir kadang-kadang tidak menyebelahi kita."

     Ironinya, Crystal Palace akhirnya turut tersingkir, di mana detik 'gila' Cantona seakan-akan menghadiahkan gelaran liga kepada Blackburn Rovers. Satu mata yang menyebabkan United gagal meraih gelaran musim ini.

     Ipswich Town, Leicester City, Norwich City dan Crystal Palace jatuh ke Divisyen Satu. Musim 1994/95 adalah musim di mana empat kelab tersingkir dan hanya dua kelab menyertai Liga Perdana. Ini menjadikan jumlah kelab beraksi dalam liga adalah 20 berbanding 22 musim sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...