Friday, December 9, 2011

Paul Scholes yakin United mampu bangkit selepas tersingkir daripada Champions League.

     Lagenda United Paul Scholes mengakui United "tidak berhak untuk layak" ke peringkat kalah mati Champions League selepas tewas 1-2 kepada Basel, tetapi menegaskan pasukan Sir Alex Ferguson tidak perlu terlalu sandarkan pada kekecewaan.

     Bekas pemain midfield itu, yang bermain dalam 16 kempen Eropah bersama United berkata fokus perlu dialihkan kepada mengekalkan gelaran Liga Perdana.

     "Jelas sekali ia mengecewakan (tidak layak dalam Champions League), namun saya tidak rasa segalanya berpunca di Basel," beliau memberitahu MUTV.

     "Ia mungkin berpunca di Old Trafford. Apabila anda berada dalam peringkat kumpulan anda sentiasa mahu menang di tempat sendiri dan kami gagal melakukannya. Kami biarkan gol dibolosi pada masa yang tidak tidak sesuai dan juga gol mudah, yang mana benar-benar menjadi punca sebenar.

     "Anda perlu bangkit. Ia memang kekecewaan yang besar, dan mungkin kami tidak berhak layak jika diambil kira bagaimana kami bermain. Anda perlu teruskan. Anda tidak dapat patah balik untuk merubah keputusan. Anda perlu fokus kepada perlawanan seterusnya dan memenangi gelaran liga."

     Ujian United seterusnya adalah menanti kunjungan Wolverhampton Wanderers pada Sabtu ini. Wolves hanya menang satu di tempat lawan musim ini dan berada di tangga ke-16 liga, pastinya peluang terbaik buat United kembali ke landasan kemenangan.

     Kegagalan United untuk layak ke peringkat seterusnya dalam Champions League bermakna pasukan Sir Alex akan beraksi di Europa League, dengan perlawanan 32 pasukan dijadualkan pada Februari (16 Feb di tempat lawan manakala 23 Feb di Old Trafford).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...