Thursday, December 8, 2011

Blast from the Past - United tersingkir daripada Champions League musim 1994/95.

     Selepas ditewaskan Basel 1-2 United sekali lagi disingkirkan daripada layak ke peringkat kalah mati Champions League. Ini bukanlah kali pertama kerana pada musim 1994/95 dan 2005/06, laluan United terkandas diperingkat kumpulan.

     Kita imbas kembali musim 1994/95 di mana United yang juga juara England dan pemenang Piala FA musim sebelum itu, gagal mara ke peringkat seterusnya, juga impak kepada baki musim tersebut.

Musim 1994/95.

     United diundi dalam kumpulan A bersama Barcelona, Galatasaray dari Turki dan kelab Sweden Gateborg. Perlawanan pertama kumpulan menemukan United dengan Goteborg di Old Trafford. Tiga hari sebelumnya United tewas mengejut perlawanan liga 1-2 kepada seteru tradisi Leeds United di Elland Road.

Giggs jaring dua gol buat United.
     United bangkit pada perlawanan ini dengan mudah menewaskan pelawat 4-2 dengan dua gol jaringan Giggs dan masing-masing satu gol oleh Kanchelskis dan Sharpe. Tiga hari kemudian dalam perlawanan liga United menewaskan Liverpool 2-0 di Old Trafford.

     Perlawanan seterusnya di tempat lawan berdepan Galatasaray namun ia berakhir dengan seri tanpa jaringan. Pada masa yang sama Barcelona tewas mengejut 1-2 kepada Goteborg di Sweden. Ini menjadikan tiga pasukan United, Barcelona dan Goteborg terikat dengan dua mata.

     Perlawanan ketiga kumpulan United menanti Barcelona di Old Trafford pada 19 Oktober. Namun perlawanan berkesudahan 2-2 dengan gol United dijaringkan Hughed dan Sharpe manakala Barcelona oleh bintang Piala Dunia 1994 Brazil Romario dan Jose Mari Bakero. Gateborg yang sebelum itu menewaskan Galatasaray 1-0 untuk mengemudi kumpulan dengan empat mata.

Stoichkov jaring dua gol
     Perlawanan timbal balik di Nou Camp merupakan mimpi ngeri buat United apabila dengan mudah dikalahkan pasukan Catalan dengan jaringan 0-4. United tanpa khidmat Cantona dan Schmeichel jelas pincang dan diambil kesempatan oleh tuan rumah.
    
     Bintang Bulgaria Hristo Stoichkov yang membawa negaranya layak ke separuh akhir Piala Dunia 1994, menjaringkan dua gol dan jaringan keseluruhan dilengkapkan oleh Romario dan Albert Ferrer.

     Dengan Gateborg sekali lagi menang ke atas Galatasaray peluang United untuk layak jelas sukar dengan hanya empat mata daripada empat perlawanan. Perlawanan seterusnya United perlu ke Sweden untuk berdepan pendahulu kumpulan Gateborg. Sekali lagi mereka membuktikan mereka bukan pasukan yang lemah apabila menewaskan United 1-3 sungguhpun Cantona dan Hughes mengemudi jentera serangan United.

     Walaupun Galatasaray menewaskan Barcelona, namun daripada rekod pertemuan United-Barcelona, pasukan dari Sepanyol itu mempunyai kelebihan (M1 S1) dengan dua gol tempat lawan semasa seri 2-2 di Old Trafford. Pada perlawanan terakhir sungguhpun menewaskan Galatasaray dengan 4-0 namun keputusan seri antara Barcelona dan Gateborg menyaksikan United hanya menduduki tangga ketiga kumpulan sekalugus gagal layak ke peringkat seterusnya.

     United mengakhiri musim dengan tangan kosong sungguhpun menjadi naib juara liga, dengan gelaran jatuh kepada Blackburn dengan jurang satu mata dan tewas 0-1 di tangan Everton dalam perlawanan akhir Piala FA.   





* United tersingkir daripada Champions League musim 2005/06

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...