Wednesday, December 7, 2011

Blast from the Past - Perlawanan pertama United di St Jakob Park menentang Basel pada 26 Nov 2002.


Van Nistelrooy menjaringkan gol kedua.
      Dua gol dalam masa dua minit daripada Ruud van Nistelrooy memastikan Manchester United berjaya menewaskan Basel di Switzerland.

     Christian Gimenez memberikan permulaan hebat kepada pasukan Christian Gross apabila menjaringkan gol pembukaan hanya selepas 31 saat perlawanan. Dan pasukan Swiss itu mempunyai beberapa peluang untuk menggandakan jaringan.

     Quinton Fortune mengeluarkan bola atas garisan gol hasil tandukan Julio Hernan Rossi  namun bola muntah kepada Scott Chipperfield yang kemudiannya merembat kearah gol dan melantun terkena Gimenez dan menewaskan Fabian Barthez. Sir Alex Ferguson jelas terkejut dan kecewa dengan gol awal tersebut.

      Rossi kemudiannya hampir sekali lagi menewaskan Barthez lapan minit berselang dan cubaan sepakan percuma Murat Yakin juga hampir menembusi gawang United. Peluang United pada separuh masa pertama tidak banyak dengan tandukan Mickael Silvestre tersasar dan Wes Brown terlepas hantaran kebelakang Van Nistelrooy. Basle terus mengasak United yang nyata kurang mantap di bahagian midfield.

     Basle mempunyai tiga peluang untuk menambah jaringan pada permulaan babak kedua. Barthez dengan cemerlang menyelamatkan cubaan Gimenez dan kemudian menafikan cubaan Ergic sebelum rembatan ke arah gol Hakan Yakin terkena Brown sebelum terpesong keluar. Kedua pasukan memiliki peluang untuk dianugerahkan sepakan penalti namun pengadil Valentin Ivanov dari Rusia menolak keduanya.

     Kegagalan Basle untuk memanfaatkan peluang menambah jaringan dihukum oleh Van Nistelrooy apabila beliau menjaringkan dua gol dalam masa dua minit. Penyerang Belanda itu menanduk masuk hantaran Ole Solskjaer untuk gol pertama dan kemudian rembatan daripada sudut sukar dua minit kemudian untuk gol kedua sekaligus menyentap pertahanan tuan rumah.
Solskjaer menjaringkan gol ketiga.

     Dan Solskjaer meletakkan perlawanan milik United dengan gol ketiga dengan penyudah klinikal melepasi jangkauan Pascal Zuberbuehler.

Basle:
Zuberbuhler, Zwyssig, Hakan Yakin, Gimenez, Murat Yakin, Cantaluppi, Haas, Ergic (Barberis 84), Atouba, Chipperfield (Tum 73), Juilio Rossi (Duruz 84).

United:
Barthez, O'Shea, Silvestre, Brown (May 90), Phil Neville, Fortune, Scholes, Veron, Giggs, van Nistelrooy (Forlan 73), Solskjaer (Chadwick 90)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...