Wednesday, December 7, 2011

Did you know? - Fakta perlawanan menjelang pertemuan Basel dan Manchester United.

Welbeck diraikan rakan-rakan United.
  • Sekiranya Basel mengalahkan Manchester United, pasukan Swiss itu akan layak ke pusingan 16 pasukan kalah mati Champions League dan mereka akan menjuarai kumpulan jika Benfica gagal menewaskan Otelul Galati.
  • Jika Manchester United berjaya mengelak kekalahan, juara England itu akan layak ke peringkat seterusnya. United juga akan menjuarai kumpulan sekiranya mengutip tiga mata penuh dan Benfica gagal mengalahkan Otelul Galati atau jika United seri dan Benfica tewas.
  • Manchester United melakukan kesalahan (foul) paling rendah berbanding pasukan lain dalam Champions League musim ini dengan 48.
  • Manchester United hanya tewas sekali dalam 25 perlawanan Champions League tempat lawan dengan rekod M16 S8 K1. 
  • United hanya bolos satu gol dalam lapan perlawanan terakhir Champions League tempat lawan. 
  • Basel hanya tiada bolos dalam satu perlawanan dalam 16 perlawanan kejohanan Eropah (tidak termasuk kelayakan). 
  • Basel hanya menang satu daripada lima perlawanan peringkat Eropah di tempat sendiri dengan pasukan dari England (M1 S1 K3), bolos tiga gol dalam setiap dalam empat perlawanan yang mereka gagal menangi.
  • Kedua pasukan telah menjaringkan gol dalam tiga pertemuan sebelum ini.
  • Tiga pertemuan Champions League antara Basel dan Manchester United menyaksikan 12 gol telah dijaringkan. 
  • United masih belum tewas dengan Basel, menang sekali dan seri dua.
  • Tiga pertemuan sebelum ini menyaksikan tiga pemain menjaringkan dua gol : Ruud van Nistelrooy, Danny Welbeck dan Alexander Frei.
Ruud van Nistelrooy menjaringkan gol kedua pada 2002.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...